Tajuk : Femininnya Suamiku...
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012
Akhalil mengeluh perlahan apabila
melihat plastik makanan yang berteraburan di atas meja kopi yang terdapat di
ruang tamunya itu. Ini tak lain tak bukan mesti kerja isterinya! Walaupun baru
sebulan dia menikahi wanita itu tapi rasanya
dia sudah kenal benar dengan perangai bersepah Syarifah Armalia! Yelah,
memandangkan mereka cuma tinggal berdua sahaja maka siapa lagi yang membuat
sepah di dalam rumah?
Syarifah Armalia memang wanita yang banyak
karenah! Selain pandai buat sepah isterinya itu juga seorang yang sangat
cerewet dalam memilih makanan! Sesuatu yang baru dia ketahui sepanjang bergelar
setiausaha kepada wanita itu. Patutlah selama ini makan kat tempat yang ada
kelas sahaja. Dia masak pun isterinya itu lansung tak sentuh! Sebelum ini dia
hanyalah seorang lelaki yang bergelar setiausaha kepada CEO ARMAND Holding itu sahaja tapi sekarang sudah bergelar
suami, kerana peristiwa yang tak di jangka! Dia di tangkap khalwat ketika bersama
Syarifah Armalia semasa melawat tapak projek di Kuantan! Dia sendiri tak tahu
siapa yang cuba menganiaya mereka. Setahunya dia tidak mempunyai musuh, tapi
tak tahulah Syarifah Armalia. Walaubagaimanapun, wanita itu tetap meletakkan
segala kesalahan di atas bahunya seorang.
Plastik makanan yang masih
berteraburan di atas meja kopi di ambil dan di masukkan satu-satu ke dalam plastik sederhana kecil. Lalu, kain tuala
kecil di ambil dan segera di bersihkan cebisan makanan yang tertinggal di atas
meja. Sehingga cebisan makanan mahupun habuk daripada makanan itu tiada barulah
Akhalil berpuas hati! Dia sebenarnya sedang menunggu kepulangan Syarifah
Armalia.Mentang-mentanglah hari minggu terus lesap! Entah ke manalah isterinya
itu merayap. Dari pagi sampailah nak masuk maghrib, bayang dia pun masih tak
nampak!
Bunyi deruman enjin kereta yang
baru menapak masuk ke perkarangan rumah
menyedarkan Akhalil dari lamunannya. Pantas dia bangun dan bergerak ke pintu
rumahnya. Wajah keletihan Syarifah Armalia di pandang pelik. Dari mana bini aku
ni sampai nampak tak larat sangat ni?
Akhalil cuba senyum. Namun,
senyumannya hanya dibalas dengan jelingan tajam dari isterinya itu.
“ Awak dari mana? Satu hari
suntuk saya cuba call, tapi tak dapat,” ujar Akhalil dengan nada yang lembut.
Syarifah Armalia memandang tajam
lagi. Sibuk je nak tahu mana aku pergi. Suka hati aku la...Tanpa membalas,
Syarifah Armalia bergerak menuju ke dapur. Air kosong yang tersedia ada dalam
peti di ambil lalu di tuang ke dalam cawan . Tanpa mempedulikan Akhalil dia
meneguk air dengan rakus sekali!
“ Awak nak makan? saya dah sedia
makanan. Saya masak ikut macam chef-chef professional kat tv tu masak,” Akhalil masih cuba menarik minat isterinya
itu untuk bercakap dengannya.
“ Akhalil, i tak nak makan! I dah
makan kat luar tadi,” balas Syarifah Armalia dengan sombongnya.
Akhalil hanya mampu mengetap
bibirnya. Hampa.
“ and by the way, i dah kata
banyak kali i tak suka makan dari air
tangan orang yang i tak suka, you ni tak faham ke buat-buat tak faham?” sindir
Syarifah Armalia.
Dia sedikit pun tak kisah kalau
Akhalil nak terasa hati dengannya.
Hatinya masih sakit apabila mengenangkan bagaimana lelaki itu telah
memerangkapnya ke dalam gerbang perkahwinan. Ianya perkara yang sangat
memalukan! Dia di tangkap khalwat dengan setiausahanya sendiri! Mana dia tidak
malu!
“ Takpelah kalau awak tak nak
makan, saya boleh bagi kat jiran sebelah rumah je. Banyak saya
masak untuk isteri, tapi jiran yang makan,” keluh Akhalil namun masih sempat di
dengari oleh Syarifah Armalia.
Ahh.. Sudahlah... jangan nak pura-pura
baik le Akhalil. Aku yakin kau yang sengaja perangkap aku malam tu..Kata hati
Syarifah Armalia sambil mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
@@@@
SYARIFAH ARMALIA terdengar bunyi
orang sedang ketawa di luar rumahnya. Dengan gerakan perlahan dia bergerak
menuju ke tingkap biliknya.Mengintai. Dia Ingin tahu siapa yang masih
bersembang di luar rumah Akhalil malam-malam begini. Matanya membulat besar dengan jayanya apabila
mendapati Akhalil sedang bersembang
mesra dengan gadis sebelah rumahnya. Mungkin anak jirannya.
Apa ni? Tak sedar ke awak tu dah jadi laki
orang pun masih nak menggatal lagi ke? Haish, perempuan ni pun satu, tak
reti-reti ke yang awak sembang-sembang tu laki orang! Marah Syarifah Armalia
dalam hati saje. Dia rasa Akhalil tak patut buat macam tu, itu sudah di kira
menjatuhkan maruahnya! Bersembang dengan perempuan lain sedangkan isteri ada
elok je dalam rumah!
Apabila Akhalil terpandang kearah
biliknya barulah Syarifah Armalia
tergesa-gesa melarikan diri jauh dari tingkap biliknya. Syarifah Armalia
geram. Entah kenapa dia tersangatlah sakit hati melihat adegan sebabak antara
Akhalil dengan perempuan sebelah rumah mereka.Adakah ini cinta? Ahh, aku rasa
tak... Sebab aku tak berdebar pun bila pandang dia. Mungkin perasaan seorang
wanita yang tergugat apabila melihat suami mereka bersembang dengan perempuan
lain, itu aje. Kalaupun aku tak suka dia, tapi dia tetap suami aku. Ha,,mungkin
itu jenis perasaan aku sekarang ni.
Dia akui sedikit sebanyak dia
menyukai Akhalil. Prihatin, bertanggungjawab, berdedikasi dan sebenarnya sangat
pandai memasak! Walaupun selama ni dia selalu mengutuk dan menolak setiap apa
yang Akhalil masak, tapi itu semua cuma egonya. Dia tak mahu Akhalil berbuat
baik dan membuatkan dirinya terperangkap dengan perasaan yang sudah lama tidak
di rasainya sejak putus dengan Zharif ,teman lelakinya semasa belajar di United
Kingdom dulu.
Cukuplah sekali dia rasa sangat
kecewa dengan cinta kerana Zharif curang dan
dia kalau boleh tidak mahu merasai perasaan itu lagi terutamanya dengan
lelaki yang telah menganiayanya sehingga terjebak dalam perkahwinan ekspress
ini.
Bunyi ketukan di pintu membuatkan
Syarifah Armalia tersentak! Alamak, apa pulak yang dia nak ketuk pintu bilik
orang malam-malam buta macam ni? Takkan nak keluar dengan night dress macam ni?
Ala, selama ni dedah sana, dedah sini boleh je kau jalan merata, takkan dengan
suami sendiri baru reti nak sopan-sopan?
Bisik suara hatinya. Ahh, lantaklah, keluar je..Tanpa rasa segan yang menebal,
Syarifah Armalia bergerak ke pintu dan membukanya.
Di luar Akhalil masih menunggu
Syarifah Armalia membuka pintu. Dia rasa dia nampak isterinya itu melihat dia
bersembang dengan Maisarah, anak jiran sebelah rumahnya. Untuk mengelakkan
salah faham , dia rasa dia perlu menjelaskan hal yang sebenarnya. Dia tak mahu
Syarifah Armalia berprasangka buruk dengan dia mahupun Maisarah.
“ You nak ape?” tanya Syarifah
Armalia sebaik sahaja membuka pintu biliknya.
Akhalil yang sedang mengelamun
sementara menunggu isterinya membuka
pintu bilik ,terpana apabila melihat Syarifah Armalia yang sudah siap sedia
dengan night dressnya. Ya Allah... Dugaan betul isteri aku ni...
Beberapa saat kemudian dia
tersedu. Syarifah Armalia memandang pelik. Dah kenapa?
“ Errk...Erk...” bunyi sedu
Akhalil kedengaran. Dia cuba menahannya namun tak Berjaya.
Syarifah Armalia hanya menjungkit
bahu. Malas melayan.
“ Kalau you takde benda nak
cakap, i masuk dulu,” Syarifah Armalia mula melangkah masuk semula ke biliknya.
Akhalil menutup mulutnya dengan
kedua-dua belah tangannya. Terhinggut-hinggut bahunya menahan sedu. Dia hairan
kenapa setiap kali Syarifah Armalia memakai pakaian yang seksi, dia pasti akan
terkedu dan sedu. Selama ni perempuan lain pakai dia okey je. Bukan sehari dua
je dia berurusan dengan perempuan-perempuan seksi ni, sudah beberapa tahun,
sejak dia menjadi setiausaha kepada Tan Sri Armand, ayah kepada Syarifah
Armalia lagi. Tapi dengan Syarifah Armalia dia sendiri tak pasti apakah jenis
virus yang sedang melanda dirinya? Sudahnya lain yang nak dia buat, lain pula
yang jadinya.
@@@@
AKHALIL membetulkan tali lehernya
dengan cermat. Kemas itu prinsipnya. Pantang baginya pergi kerja dengan pakaian
yang serabai. Baju-baju di pastikan semuanya di seterika dengan teliti dan
kemas. Malahan, baju Syarifah Armalia pun dia yang cuci dan seterikakan!
Bolehlah tahun depan dia masuk calon suami mithali! Akhalil tersenyum sendiri.
Mithali? Mee kari pun belum tentu lagi!
Siap! Tanpa melengahkan masa dia
mencapai briefcasenya dan bergerak menuju ke dapur. Dia sebenarnya terlupa nak
bangun sediakan sarapan. Pagi itu sahaja dia sudah kelewatan. Solat Subuh pun sudah di hujung waktu! Ini
semua gara-gara Syarifah Armalia! Cuba kalau isterinya itu tidak keluar dengan
pakaian begitu, pasti dia dapat terangkan hal yang berlaku antara dia dan
Maisarah dan dapat tidur lena tanpa memikirkan wanita itu!
Ahh, sudahlah...yang penting
sediakan sarapan dulu. Lalu apron yang berbunga warna merah jambu di capai dan
di sarungkan ke badannya. Persis tukang masak handal, Akhalil menyediakan
sarapan pada pagi itu. Syarifah Armalia yang tak sengaja melintas di dapur
sendiri kagum dengan kecekapan suaminya itu berkerja di dapur. Teliti, kemas
dan teratur. Rasanya kalau letak dia di dapur pun belum tentu dia akan semahir
itu.
“ Ahh, awak, mari kita makan
dulu,” jemput Akhalil ramah apabila menyedari yang Syarifah Armalia sedang
memerhati kearahnya.
“i tak ambil breakfast,”
“ Makan sikit pun jadi. Penat saya masak ,” pujuk Akhalil.
“i dah lambat, ada meeting awal pagi ni,” bohong Syarifah
Armalia tanpa memandang Akhalil.
Akhalil tersenyum geli hati. Memang la ada meeting pagi ni,
tapi tu pukul 11 karang. Ini baru pukul 7. Nak kelentong pun tengok-tengoklah
orangnya jugak. Yang awak nak tipu tu setiausaha merangkap suami awak.
“ Meeting awak pukul
11 lah. Dah jom kita makan,” Akhalil segera menarik tangan Syarifah Armalia
bergerak ke meja makan.
Syarifah Armalia sedikit teruja melihat sarapan yang di
sediakan suaminya pagi itu, kopi dan pancake yang nampak sangat menyelerakan!
Dia segera membuka kot yang tersarung di badannya dahulu sebelum menghirup kopi yang di buat Akhalil. Sedap!
Akhalil hanya tersenyum senang kerana untuk pertama kalinya
isterinya sudi menjamah makanan yang di sediakannya. Walaubagaimanapun, dia
sedikit tidak berkenan dengan cara pemakaian Syarifah Armalia yang sedikit
terdedah di bahagian dada dan bahunya meskipun hari ini isterinya itu
mengenakan seluar, tidak seperti hari-hari lain, skirt memanjang! Kalau sebelum
ini mungkinlah dia tak kisah sebab wanita itu bukan mahramnya yang perlu
dijaga! Sekarang Syarifah Armalia sudah bergelar isterinya, maka sudah tentulah
dia perlu menjaga auratnya!
Apabila mereka sudah siap bersarapan, Akhalil mengangkat
pinggan-pinggan kotor dan muka membasuhnya. Selesai membasuh, dia mengelap
tangannya sehingga kering. Syarifah Armalia yang sudah bergerak ke rak kasut dipandangnya
lagi. Nak tak nak aku kena tegur cara dia pakai. Akukan suami dia! Dosa dia,
dosa aku jugak! Lalu Akhalil bergerak kearah isterinya.
“ Awak, saya tegur, awak jangan marah ye?” Akhalil memulakan
mukadimahnya.
Syarifah Armalia memandang suaminya dengan pandangan pelik.
Kenapa pulak ni?
“ Hmm, apa?” Soal Syarifah Armalia dengan ‘kereknya’.
“ Saya rasa awak kena tukar baju. Baju tu memang cantik tapi
tak sesuai pada pandangan saya,” ujar Akhalil tenang.
Syarifah Armalia memandang baju yang sedang di pakainya. Apa
yang tak sesuainya?
“ Awakkan isteri saya. Saya tak nak lah lelaki lain pandang
apa yang sepatutnya saya sorang je pandang,” terang Akhalil lagi. Sedikit
memerah mukanya, apabila mengungkapkan kata-katanya itu. Bimbang Syarifah
Armalia menganggap dia memandang dada isterinya itu dari tadi.
Syarifah Armalia sudah faham. Nampaknya Akhalil sudah berani
mengongkongnya! Dia ingat dia sudah memgang status suami, dia boleh kawal aku
la? No way, Akhalil!
“ i pun ada benda nak bagi tahu you, Akhalil,” jeda Syarifah
Armalia.
Akhalil menanti dengan penuh debaran. Agak-agaknya dia nak
balas apa ye?
“ just mind your own business!” sambung Syarifah Armalia
lalu bergerak menuju ke kereta.
Akhalil mengeluh lagi. My business right now is you la Ms.Bossy!
Desis hati kecil Akhalil sebelum dia juga bergerak menuju ke keretanya.
@@@@
SYARIFAH ARMALIA memandang ke arah suaminya secara
curi-curi. Muka suaminya itu tidak ceria seperti biasa. Adakah sebab pagi tadi?
Ahh, lantaklah! Yang penting habiskan meeting dengan klien ni dulu. Sudahlah cerewet,
gatal pulak tu! Mata tu terkenyet-kenyet. Kalau muda takpe, ni dah tua ganyut!
Entah-entah cucu pun dah ada!
“ Okeylah Encik Karim, meeting kita cukup setakat hari ni
saje, apa-apa nanti setiausaha saya akan call,” kata Syarifah Armalia
mengakhiri mensyuaratnya dengan wakil dari Syarikat KAZA itu. Akhalil yang
dilihatnya sedang mencatat sesuatu, di kerling lagi sebelum bangun bergerak ke
pintu keluar. Tiba-tiba Encik Karim bersuara.
“ Sudi tak Cik Melly keluar makan dengan i,”
Akhalil hanya mendengar dengan penuh minat namun tetap
bergerak menuju ke pintu keluar dalam gerakan perlahan. Menanti reaksi dari
isterinya dengan perlawaan makan dari Encik Karim.
“ Hmm, maybe next time,” ujar Syarifah Armalia dengan
senyuman ringkas.Akhalil menarik nafas lega.
Dia sedar yang lelaki separuh abad
itu dari tadi memberi isyarat pelik kepada isterinya. Segera dia bergerak
keluar. Namun, tidak sampai beberapa minit, suara isterinya itu kedengaran.
Pantas dia masuk semula ke dalam bilik mensyuarat tadi.
Tangan Syarifah Armalia yang berada dalam pegangan lelaki ‘buaya pencen’ itu di pandang tajam.
“ Baik Encik Karim lepaskan tangan dia,” gertak Akhalil
dengan suara yang keras.
Encik Karim menghadiahkan jelingan mautnya. Sementara itu
Syarifah Armalia masih lagi meronta-ronta, minta di lepaskan.
“ Berani ye Encik Karim ni buat macam ni lepas deal business
dengan i”
Encik Karim masih lagi buat bodoh.
“ Baik you lepaskan tangan i Encik Karim, kalau tak urusan
niaga kita sampai sini saje,” ugut Syarifah Armalia lagi.
Akhalil terus begerak kearah isterinya itu. Lalu tangan
Syarifah Armalia yang masih berada dalam genggaman Encik Karim di tariknya
sebelum bertindak memeluk pinggang wanita itu di hadapan Encik Karim. Ternganga
sekejap ‘buaya pencen’ tu!
“ Jangan sentuh
isteri orang di hadapan suaminya!”marah Akhalil. Syarifah Armalia yang
masih terkejut akibat di tarik dan di peluk suaminya tadi bertambah terkejut
mendengar suara tinggi milik suaminya itu.
Encik Karim yang mendengarnya lagilah terkejut!
“isteri?” You kahwin dengan setiausaha you?” soal Encik
Karim tak percaya.
“ Yes, i’m married
with my secretary, why?” balas Syarifah Armalia seraya memeluk dada bidangnya
Akhalil. Kali ini Akhalil pula yang terkejut! Agaknya hari ni memang hari
terkejut sedunia gamaknya!
“ I’m, so sorry,”
“ i harap selepas apa yang terjadi hari ni, you tak batalkan
urusan niaga kita,” pinta Encik Karim dengan muka seposennya. Ingatkan wanita
di hadapannya ini masih belum berpunya.
“I pun nak mintak maaf dengan you, i tak buat urusan niaga
dengan orang yang dah musnahkan kepercayaan i,” ucap Syarifah Armalia pula
sebelum menarik tangan Akhalil keluar.
@@@@
AKHALIL memandu pulang keretanya secara bersendirian. Penat
otaknya seharian dengan kejutan daripada isterinya itu. Sebaik sahaja mereka
keluar dari bilik mensyuarat, Syarifah Armalia terus mengurung diri dalam
pejabatnya. Dirinya di biarkan termanggu-manggu sendiri. Ucap terima kasih pun
tidak! Apa punya binilah!
Sampai sahaja di perkarangan rumahnya, kereta Syarifah
Armalia masih lagi tidak kelihatan. Balik lambat lagi. Keluh Akhalil dalam
hati.
Baru sahaja pintu rumahnya ingin di buka, Maisarah, anak
gadis jiran sebelah rumahnya tiba-tiba sahaja menyapanya.
“ Assalamualaikum, abang Akhalil,” Maisarah memberi salam.
Akhalil tersenyum sebelum menjawab salamnya.
“Waalaikummussalam. Sarah, abah, umi sihat?”
“ Sihat bang. Abang baru balik kerja ye,” Soal Maisarah
ramah. Senyuman manis di ukir untuk jiran sebelah rumahnya yang handsome itu.
“Aah, baru balik kerja. Sarah, abang masuk dulu ye,” pamit
Akhalil sebaik sahaja melihat kereta isterinya mula masuk perkarangan rumah.
Wajah masam Syarifah Armalia di pandang risau. Bimbang isterinya akan
berfikiran yang bukan-bukan melihat dia dan Maisarah bersembang.
Syarifah Armalia keluar dari keretanya dan bergerak kearah
suaminya. Tangan Akhalil di peluk erat.
“ Siapa ni bie?” Tanya Syarifah Armalia dengan nada suara
yang manja. Sekali-sekala gadis dalam lingkungan 20-an itu di kerlingnya tajam.
Ada hati nak goda suami aku ye.
“ Maisarah, anak Pak Hamid, jiran sebelah rumah kita ni,”
ringkas jawapan Akhalil. Senyuman ringkas juga diukir untuk isterinya itu.
“ Ini mesti Kak Melly kan? Sarah,” Maisarah menghulurkan
tangannya untuk bersalam namun di pandang sepi oleh Syarifah Armalia.
“ Takpelah Sarah, abang nak masuk rumah ni.
Assalamualaikum,” Akhalil mula menapak masuk ke dalam rumah meninggalkan
Syarifah Armalia bersama-sama Maisarah di luar.
“ Untung kak Melly dapat Abang Akhalil,sebelum abang Akhalil
kahwin, Sarah suka tengok dia,” kata Maisarah bersahaja tanpa memandang wajah
Syarifah Armalia yang sudah memerah. Cuba
menahan amarah dan cemburu.
“ Sekarang?” Soal Syarifah Armalia sarkastiknya.
“ Sekarang? Sekarang pun sama,” balas Maisarah sambil
tersenyum sinis sebelum beredar masuk ke dalam rumahnya.
Eeei, budak hingus ni nak kena ajar betul! Akhalil takkan
pandang kau sampai bila-bila! Akhalil milik aku seorang je! Banyak cantik muka
kau nak rampas suami orang, belajar tak habis lagi ada hati nak kahwin dengan
laki aku!
@@@@
SYARIFAH ARMALIA mundar-mandir di dalam kamarnya. Dia
mencari idea bagaimana nak menambat hatinya Akhalil. Memasak? Dia tak lulus.
Mengemas rumah? Jauh sekali. Membasuh dan menyeterika baju? Akhalil yang selalu
buat selepas suaminya itu melarangnya menghantar baju ke dobi. Katanya
membazir. Sekarang apa yang tinggal?
Dia pernah membaca satu artikel. Nak memikat suami bukan
sahaja dari perutnya, malah juga di tempat tidur. Persoalannya di sini,
Sanggupkah dia menyerahkan tubuhnya kepada lelaki itu? Ahh, sanggup tak
sanggup, rela tak rela, kalau cara tu buat Akhalil tak pandang budak hingus tu,
aku mesti buat! Lagipun, dia suami aku. Apa ada hal!
Lantas almari bajunya di selongkar, mencari night dress yang
sesuai untuk ‘meraikan’ malam pertamanya bersama Akhalil selepas sebulan lebih
‘di tangguhkan’.
“ Awak nam...pak tak...” Akhalil tak jadi meneruskan
pertanyaannya sebaik sahaja melihat tubuh isterinya yang sedang terbaring lena
di atas sofa dengan keadaan yang sangat menggegar naluri kelakiannya. Sangkanya
isterinya itu cuma berbaring sambil menonton tv. Rupa-rupanya sudah terlena.
Tidak jadi dia hendak menanyakan di mana telefon bimbitnya berada. Dia
betul-betul tergamam!
Beberapa minit kemudian bunyi sedu mula kedengaran. Syarifah
Armalia yang sedang pura-pura lena hanya meledakkan tawanya dalam hati.
Nak tak nak Akhalil terpaksa juga mengangkat tubuh isterinya
menuju ke kamarnya dalam keadaan sedu yang menjadi-jadi. Dibaringkan Syarifah
Armalia di atas katil sebelum bertindak menyelimuti wanita itu. Sebaik sahaja
selimut di naikkan separas dada, Syarifah Armalia membuka matanya. Akhalil
terkejut! Dia ingin berlalu namun segera di halang isterinya. Dengan lembut Syarifah Armalia memeluk tubuh
Akhalil. Bunyi sedu suaminya itu tidak menghalangnya dari meneruskan niatnya.
Malah, bibir Akhalil di kucup lembut.
Menghilangkan terus sedu lelaki itu!
AKHALIL berdoa panjang sebaik sahaja solat subuhnya selesai.
Memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana membuka pintu hati isterinya untuk
menerimanya sebagai suami dan memenuhi tuntutannya sebagai seorang lelaki. Dia
berharap rumah tangganya akan berjalan lancar dan bahagia selepas apa yang di
laluinya bersama Syarifah Armalia malam tadi.
Kain sejadah di lipat dan di letakkan diampaian. Dia mula
bergerak menuju ke kamar yang bersejarah baginya semalam. Akhalil ingin
mengejutkan isterinya untuk solat. Sebelum mandi tadi dia malu untuk
mengejutkan isterinya itu, memandangkan keadaannya yang tidak sempurna
berpakaian dan begitu juga isterinya.
Sebaik sahaja Akhalil memasuki bilik tidur, isterinya itu
sudah pun berada dalam bilk mandi.Maka, peluang itu di ambilnya dengan mengutip
pakaian tidur mereka yang berteraburan di atas lantai seterusnya di masukkan ke dalam bakul baju. Cadar yang
di gunakan malam tadi juga di tanggalkan dari katil memandangkan ada tompokan
darah di situ. Akhalil tersenyum lagi.
Syarifah Armalia yang baru selesai mandi memandang suaminya
seperti tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun, dia agak malu apabila melihat
lelaki itu menanggalkan cadar dan mengutip pakaian tidur yang telah mereka guna
semalam, tetapi dia tetap berlagak tenang.
“ Hari ni you pergi kerja dengan i,”arah Syarifah Armalia
lembut namun masih tegas.
Akhalil hanya mengangguk tanpa memandang isterinya yang
masih dalam keadaan berkemban itu. Syarifah Armalia rasa ingin ketawa pulak.
Sepatutnya dia yang malu, ini terbalik pulak!
“ Hai, takkan malu lagi, semalam kan dah tengok lebih dari
ni,” usik Syarifah Armalia sebelum beredar ke almari bajunya.
“ Arr, takpelah awak, saya keluar dulu ye. Nak buat
sarapan,”ujar Akhalil dengan gelabahnya.Tawa kecil Syarifah Armalia akhirnya
meletus juga melihat tingkah suaminya yang terlebih ‘feminin’ itu.
@@@@
STAF-STAF ARMAND Holding memberi pandangan pelik apabila
melihat bos dan setiausaha merangkap suami bos juga datang sekali dengan muka
berseri-seri. Tan Sri Armand yang kebetulan membuat lawatan hari itu juga
memandang dengan penuh kehairanan.
“ Ada berita gembira ke nak sampaikan kat papa ni?” tanya
Tan Sri Armand kepada anak dan menantunya itu. Sayrifah Armalia membuat muka
selamba, Akhalil pula sudah merah padam mukanya.
“ Takde apalah pa. Ada apa papa datang sini?” Soal Syarifah
Armalia serius. Duduknya juga di betulkan. Akhalil yang turut sama duduk dengan
kedua beranak itu hanya mendengar perbualan mereka. Sekali-sekala dia mengurut
perlahan leher dan pinggangnya. Tan Sri Armand yang tak sengaja melihat
perlakuan menantunya itu, mengerutkan dahinya.
“ Kamu kenapa Lil? Tak sihat?” Tan Sri Armand bertanya
dengan prihatin. Maklumlah satu-satunya menantu dia pulak tu.Pertanyaan anak
perempuannya di biarkan sebentar.
“ Takde apalah papa. Tiba-tiba pinggang ni rasa lenguh
semacam,” balas Akhalil lurus.
“ Kamu kerja ‘kuat’ lah tu malam tadi,” usik Tan Sri Armand
dengan senyuman penuh makna. Syarifah Armalia yang turut mendengar terus
berpura-pura membelek Samsung Gallaxy Notenya. Malu!
“ Yelah kot, papa,”
jawab Akhalil lurus lalu mencetuskan tawa bapa mertua dan isterinya.
Kenapa?soal hati Akhalil. Masih tak faham.
“ Bagus...Bagus kalau macam tu. Sebenarnya papa sengaja
datang lawat syarikat papa ni sambil tu nak bertanya khabar kamu berdua.
Memandangkan kamu berdua dalam keadaan baik, takpelah,” jelas Tan Sri Armand.
Syarifah Armalia dan Akhalil hanya senyum mendengar
kata-kata yang di ucapkan Tan Sri Armand. Sebelum Tan Sri Armand beredar, dia
sempat berpesan kepada anak dan menantunya itu.
“ Papa dah tak sabar tunggu cucu dari korang berdua,”
“Akhalil ‘usaha’ lebih sikit. Papa tunggu khabar baik dari
kamu,” sempat lagi Tan Sri Armand mengusik menantu lelakinya itu sebelum
bergerak keluar pejabatnya.
Akhalil hanya memandang Syarifah Armalia yang sedang
tersenyum ringkas sebelum dia turut tersenyum mendengar pesanan dari ayah
mertuanya itu.
“ Awak tak kisah ke papa cakap macam tu?”soal Akhalil sebaik
sahaja bayang ayah mertuanya sudah menghilang.
“it’s you that i should worried with,” balas Syarifah
Armalia bersahaja.
“ Kenapa?”
“Manalah tahu orang tu tak nak anak dengan kita sebab dah
ada orang sebelah rumah yang lagi muda,” sinis Syarifah Armalia menuturkan
kata-katanya. Dalam otaknya sudah membayangkan suaminya itu bersama anak jiran
sebelah rumah mereka.
Sebaik mendengar Syarifah Armalia berkata begitu, pantas
Akhalil memaut tangan isterinya itu.
“ Masa saya melafazkan nama awak untuk akad nikah kita, saya
dah berniat hanya nama awak yang akan saya simpan dalam hati saya sampai
bila-bila. Tak akan ada orang lain selain awak,”ujar Akhalil sambil memakukan
pandangannya ke dalam anak mata isterinya. Dalam.
“ Betul?”
“Betul,” balas Akhalil sambil tersenyum manis. Dia menarik
isterinya itu ke dalam pelukannya dalam keadan malu-malu. Syarifah Armalia mula
memaut leher suaminya itu. Sengaja menambah kemerah-merahan dimuka Akhalil.
“ Tapi dengan satu syarat,” tambah Akhalil.
“ Apa dia?”
“No more baju yang macam hari-hari sebelum ni,” arah Akhalil
lembut tapi masih ada tegasnya.
Syarifah Armalia hanya ketawa kecil mendengarnya.
“ Baiklah, you. Hah, apa lagi?” tanya Syarifah Armalia lagi.
“Ermm, lepas ni saya taknak dengar i-you dah. Yang ada cuma
Lia dan...err... a...aa..abang, okey?”Dengan segan-segannya Akhalil menuturkan
perkataan ‘abang’ tu.
“Okey, abang,” jawab Sayrifah Armalia mudah lalu mencium
pipi suaminya bertalu-talu.
“Awak, malulah. Orang
tengok nanti,” ujar Akhalil dengan muka yang sudah merah padamnya.
“ Haish, feminin betullah suami Lia ni!” kata Syarifah
Armalia sebaik sahaja darjah kemerahan di muka suaminya bertambah. Pipinya menjadi sasaran cubitan sang suami dek kerana
kenakalannya. Nasiblah dapat suami yang terlebih feminine... Hehehe...
- - - - - - - - - - - - - - -
p/s : maaf kalau terlebih panjang dan tak memuaskan hati
para pembaca. Saya budak baru belajar...Hehe...
10 comments:
best gila.... uat la lgi cerpen yg sweet2 mcm nih.. hehe
thanks support! hehehe
Best sangat cerpen raiter ni!
hee blushing je baca. cute jugak dapat suami feminin ni. lalala
Comel...
penulis...please panjangkan lagi cerpen ni...best r...then tambah konflik tang sarah tu...
Bestnya
best...so cute...-iezahtakuya
Saya menunggu karya berikutnya
Terbaikkkk
Post a Comment