Bab 18
Dari tadi,
Khalif tidak fokus memandang skrin laptopnya. Nak buat kerja tapi hati rasa tak
senang. Semuanya gara-gara kehadiran Lukman.
Bukanlah dia
tidak tahu, Lukman itu kawan baik Syarifah Armalia. Tapi mengenangkan Lukman
itu lelaki, bukan wanita buat hati lelakinya rasa tidak selesa. Rasa di jentik
cemburu.
Apatah lagi
mendengar gelak tawa mesra kedua-duanya yang bergema sehingga ke luar bilik
kerja. Apa yang lucu entah! Ini kan waktu bekerja, bukan waktu bergembira.
Boleh professional sikit ke?
Astaghfirullah!
Cepat-cepat Khalif memohon ampun pada Tuhan. Bisikan hatinya tadi sudah membawa
kepada perkara negatif.
Nasiblah dia
tidak betul-betul suarakan di luar kotak fikirannya. Kalau tidak, mahu bergaduh
dia dan Syarifah Armalia di sini. Dah satu Hal mereka berdua jadi sumber gosip
pejabat!
CEO dan
pembantu peribadi merangkap suami bergaduh kerana cemburu!
Betul-betul
bahan sensasi FYP media sosial kalau ada yang merakam pergaduhan dia Dan
isteri. Bayangkan saja Khalif sudah tidak sanggup!
"Sayang,
jom makan!" Sapa Syarifah Armalia lalu melabuhkan jari jemarinya di bahu
Khalif yang sedang duduk. Bahu suami di urut perlahan.
"Hmm."
Khalif respon singkat lalu menolak lembut tangan si isteri. Kerusi di tolak
keluar sebelum tangan isteri di capai dan di sulam kembali ke jari jemarinya
pula.
"Lukman
tak ikut lunch sekali?"Tanya dia ketika mereka menunggu lif untuk turun.
Syarifah
Armalia menggeleng sambil menahan senyum. Lantas bibirnya di bawa ke tepi
telinga si suami.
"Lukman
cakap nak gerak dulu, sebab dia kata ada terbau benda hangus terbakar. Tapi
bukan barang. Mungkin dia maksudkan hati you!" Nakal Syarifah Armalia
mengenakan si suami.
Khalif dengus
perlahan. Tentulah Lukman tahu! Dia lelaki. Dan mereka sama-sama lelaki!
Sekilas pandangan saja sudah tahu!
Khalif pandang
sekilas wajah Syarifah Armalia. Geram pula dia bila perasan senyum nakal si
isteri. Seronoklah tu dapat kenakan dia!
"Nak
pergi makan ke tak? Nampak macam kenyang je dapat sembang dengan
bestfriend." Tidak mahu mengaku, Khalif alih topik.
Rahsia hati,
biarlah di dalam hati. Kalau ditakdirkan waktu yang sesuai barulah dia buat apa
yang patut. Sekarang dia cuma nak bina tapak yang kukuh dalam rumah tangganya.
Cinta boleh hadir bila masing-masing dah sedar tanggungjawab.
"Alah
merajuk pulak sayang i ni. Jom makan. I lapar dan dahaga sangat tau. Lama
sangat bersembang dengan Lukman. Banyak cerita dia sejak balik dari London
ni,"balas Syarifah Armalia lalu memaut lengan si suami.
"Hmm tahu
pun lapar!"Khalif mencemik.
“Alah, merajuk
lagi ke ni?” Pipi Khalif di sentuh dengan jemarinya. Lantas mata menikam lembut
ke mata suami tercinta.
"No
matter how much i click dengan Lukman pun, he's not my husband. You are. You
yang i pilih dari dulu, walaupun i kenal Lukman lagi lama dari you."
Sungguh-sungguh Syarifah Armalia 'membeli' kembali hati si suami.
Dia tak mahu
Khalif rasa tersaingi. Padahal Khalif adalah lelaki yang dia mahukan.Yang
hatinya dambakan. Mungkin selepas ini dia perlu menjaga batas hubungan
dengan Lukman. Lukman pun ada beritahu, tidak mahu dah berjumpa kalau tanpa
kehadiran Khalif. Status berkahwin takkan sama dengan bujang.
Dia peluk
pinggang Khalif lalu suaminya itu membalas dengan ciuman kecil di dahinya. Buat
Syarifah Armalia tersenyum kecil. Indahnya!
"Nak
makan mana?"Soal Khalif. Cemburu di hati sudah mereda. Tangannya sudah
mencari tangan si isteri. Rasa tak lengkap betul kalau tidak menggenggam jemari
wanita miliknya itu.
"Rasa nak
makan lauk kampunglah hari ni. Tapi nak yang mak mertua i masak!"
Khalif pandang
wajah isteri yang sudah tayang wajah mengharap. Mata Syarifah Armalia sudah
membulat, bersinar-sinar persis kucing dalam Puss In Boot. Buat dia terkelu.
Terus dia melepaskan keluhan kecil sebelum tertawa.
Dia memang
hopelessly in love dengan perempuan di depannya ini! Titik!
Lantas telefon
di capai, nombor Mak Adah di dail dengan tenang.
"Assalamualaikum
mak. Sihat? Menantu mak nak makan masakkan mak harini. Boleh
ke?"
Sementara,
Khalif menelefon Mak Adah, Syarifah Armalia diam menunggu. Dia pun tak
faham kenapa hari ini seleranya mahu masakan si ibu mertua. Mungkin nak datang
bulan kot. Hormon jadi haywire.
Tapi sempat ke
dia dan Khalif nak balik semula ke Kuala Lumpur dari Kuantan?Kuantan ke Kuala Lumpur
lebih kurang 3 ke 4 jam perjalanan itu pun kalau tak jam. Rasa menyesal pulak
menggedik nak makan mak mertua punya masakan.
Dah kenapalah
dia tak fikir tadi? Sekarang nak batalkan, dah terlambat. Khalif dah call Mak
Adah. Macam menyusahkan semua orang pulak! Adoi macam mana ni?
“Hello, assalamualaikum
Dato’, meeting hari ini, saya terpaksa tunda kepada minggu depan Isnin boleh ke?
Puan Syarifah Armalia ada hal yang tak dapat di elakkan hari ini. Maaf sekali
lagi. Okay see you next week. “Tergamam Syarifah Armalia mendengar suara Khalif
menghubungi client mereka.
Sebaik talian
di matikan, Khalif masih lagi menekan-nekan permukaan telefon pintarnya. Muka
lelaki itu serius tapi masih terbias tenang.
“Okay, done!”
Beritahu Khalif sambil memasukkan telefon pintarnya Kembali ke dalam poket
seluar.
“I’m so sorry
darling!” Ucap Syarifah Armalia bebrbaur kesal. Wajahnya sedikit mendung kerana
merasakan dia telah menambah beban kerja kerana permintaan mengada-ngadanya.
Bukannya dia
tidak tahu, jadual kerja dia sangat penuh! Dia pewaris dan pengganti Dato’ Syed Armand. The one and only! Kalau tak
sibuk dia tak layak dengan semua kekayaaan papa.
“It’s okay,
yang. Saya dah settle semua yang saya boleh settle. Anything that not require
your present, saya dah delegate pada yang bertanggungjawab,” balas Khalif,
meyakinkan isterinya.
Bagi dia ini bukanlah
pertama kali dia menyelesaikan masalah seperti ini. Tak mudah, tapi tak
semestinya tak boleh di selesaikan. Dia sudah lama bekerja, sudah mahir
mengendalikan isu seperti ini.
“But promise
me, no more sudden cravings macam ni? Next time saya melayan kalau awak
pregnant betul-betul je!”Khalif memberi amaran.
Mendengar
amaran suaminya itu membuatkan Syarifah Armalia mengulum senyum. Pregnant? Buat
dia rasa tak sabar nak mengandung anak Khalif!
“Aye…aye boss!”Sambut
Syarifah Armalia lalu mencium pipi si suami.
Khalif geleng kepala seketika. Suis kereta dihidupkan dan pedal minyak ditekan, lalu destinasi Kuantan di tuju demi memenuhi keinginan isteri tercinta yang mahukan makanan si ibu mertua,