BAB 7
I will be there right for your command....
Syarifah
Armalia mengerling jam tangannya sebentar. Dah pukul Sembilan malam rupanya.
Lama betul dia menghadap kertas-kertas kerja. Boleh naik juling rasanya dek
terlalu lama memandang kertas putih dan tulisan sahaja . Agak-agak Khalif dah
balik ke? Tak perasan pulak dia. Yelah dia awal-awal lagi sudah berpesan pada
lelaki itu supaya tidak mengacaunya seharian ini. kalau nak balik pun jangan
cakap. Balik je. Itu kata-katanya pada lelaki itu. Sekarang rasa menyesal
pulak. Suasana pejabat ini pun rasa macam seram semacam pulak. Kalau ada
setiausahanya itu tidaklah terasa sangat takutnya.
Haih...tak
boleh jadi ni. Aku kena balik jugak. Tekadnya lalu menutup laptop dan mengemas
kertas dan fail yang berselerakan di atas mejanya. Selesai mengemas, dia
cepat-cepat mencapai beg tangannya dan bergerak ke muka pintu pejabat.
Saat
dia mengunci pintu bilik pejabatnya entah kenapa dia terasa seperti
diperhatikan. Bagai ada anasir jahat pulak yang berhampiran. Ada ke macam tu?
Lengan baju diselaknya. Huihh...meremang
bulu roma aku! Pak guard ni masa-masa gawat macam ni tak nak pulak meronda.
Sempat lagi dia menyalahkan pak guard kerana tidak melakukan rondaan pada waktu
sekarang.
“Hai
sayang!”
Syarifah
Armalia segera berpaling ke arah suara yang tiba-tiba menyapanya. Sekejapan
sahaja rasa takut tadi digantikan dengan rasa marah. Meluap-luap rasa marahnya.
Seperti gunung berapi yang menunggu masa sahaja untuk mengeluarkan lavanya.
“You
nak apa datang sini?” Keras Syarifah Armalia menyoal.
Zarif
senyum menggoda. Naik menyampah pulak Syarifah Armalia melihatnya. Kalau tujuan
lelaki itu datang sini semata-mata nak flashback-flashback
kisah lama, dia memang tak ada masa nak dengar semua tu!
“I
nak you balik semula kat i. I rindukan you.”
Syarifah
Armalia tarik senyum. Senyuman sinis. Rindu? Ada apa dengan rindu dari lelaki
yang sanggup meninggalkannya semata-mata kerana harta? Kalau dari segi harta
dan wang ringgit, dia juga tak kurang kayanya. Walaupun harta kekayaan semua
itu milik papanya. Tapi Zarif tamak! Tetap mahukan yang lebih. Hah, itu yang
tua pangkat mak-mak pun dia rembat buat bini!