BAB
4
To
get to know you is the precious moment...
“Kita
nak ke mana ni Khalif?” Tanya Syarifah Armalia dengan nada yang keras. Dia
pelik apabila lelaki itu tidak menghala ke susur keluar Kuantan sebaik sahaja
siap menunaikan solat Asar tadi. Sangkanya mereka akan terus pulang ke Kuala
Lumpur.
Khalif
diam. Pandangannya masih difokuskan di jalan. Tidak ambil peduli dengan soalan
majikannya itu.
“Hei,
you dengar ke tidak ni? Dah pekak ke apa?”marah Syarifah Armalia. Panas hatinya
apabila Khalif hanya mendiamkan diri seperti tidak mendengar soalannya tadi.
Khalif
memegang telinga kirinya. Boleh
tertanggal telinganya mendengar suara tinggi milik Syarifah Armalia tadi. Kalau
Ziana Zain ada ini belum tentu dia boleh menang lawan dengan majikan wanitanya
ini.
“Saya
nak balik rumah mak saya kejap. Kakak saya kirim barang suruh saya bagi kat
mak,” Khalif akhirnya membuka bicaranya.
Syarifah
Armalia mendengus kasar.
“Siapa
bagi you keizinan untuk balik rumah mak you? Ada i kata you boleh balik rumah
mak you? Ada?” Serang Syarifah Armalia. Langsung tidak prihatin!
Khalif
memandang sekejap ke arah Syarifah Armalia. Dia mengeluh perlahan.
“Cik
Syarifah Armalia binti Syed Armand. Sekarang dah di luar waktu kerja. Jadi saya
tak perlu nak minta izin bagai dari cik Armalia untuk balik rumah mak saya.
Awak bos saya dari pukul 9 pagi sampai 5 petang sahaja. Lebih daripada masa
itu, awak tak ada hak untuk arah-arahkan saya!” Tegas Khalif.
Tersentak
Syarifah Armalia mendengarnya. Selama ini dia menyangkakan Khalif boleh dipijak
sesuka hati. Rupanya tidak! Khalif tegas dalam diam!
“Baik!
Kali ni i ikut cakap you.Tapi dengan syarat malam ni jugak kita balik. I tak
suka bermalam kat tempat kampong macam ni!” putus Syarifah Armalia tanpa
memandang Khalif.
Khalif
hanya tersenyum mendengarnya. Itu pun kalau mak aku bagi baliklah. Bisik hati Khalif.
Dia tahu yang emaknya itu pasti tidak akan membenarkannya memandu di malam
hari.
SAMPAI sahaja di
hadapan rumah milik keluarga Khalif, Syarifah Armalia terus memejamkan matanya.
Berpura-pura tidur! Dia tidak mahu keluar daripada kereta semata-mata mahu
menyapa ahli keluarga Khalif dan kemudiannya terpaksa bermalam di situ. Memang
dia tidak betah!
Khalif
tahu yang Syarifah Armalia hanya berpura-pura tidur. Bukan dia tidak nampak gelagat
wanita itu sepanjang perjalanan mereka. Syarifah Armalia tidak tidur, tetapi
apabila sampai sahaja diperkarangan rumah orang tuanya terus sahaja dia
memejamkan mata. Mahu mengelaklah tu!
“Cik
Armalia, bangun. Kita dah sampai,” gerak Khalif dekat di telinganya Syarifah
Armalia..
Bulat
mata Syarifah Armalia mendengar suara Khalif yang kedengaran hampir di
telinganya. Pantas dia menjauhkan diri.
“Apahal
you ni? Orang nak tidur pun susah!” marah Syarifah Armalia kemudian kembali
memejamkan matanya.
Khalif
hanya tersenyum melihat gelagat majikannya itu. Tidur konon! Malas melayan karenahnya
Syarifah Armalia, Khalif terus membuka pintu keretanya dan memberi salam.
Melihat kelibat ibunya, Khalif pantas merapati tubuh tua itu.
“Apa
khabar mak?”
Mak
Adah memeluk anak bongsunya itu. Rindu! Sebaik pelukan dilepaskan Khalif
mencapai tangan ibunya lantas dikucupnya.
“Mak,
baik je. Alhamdulillah!” jawab Mak Adah dalam masa yang sama dia meninjau ke
dalam kereta anak lelakinya itu.
“Kata
bawak kawan, mananya?” Mak Adah terus bertanya.
Khalif
turut melihat ke dalam keretanya. Nampaknya tiada tanda-tanda yang Syarifah
Armalia akan keluar. Degil betul majikannya itu!
“Dia
malu mak. Mak pergilah ajak dia masuk Khalif
nak bawa masuk barang kejap,”pinta Khalif lalu bergerak ke belakang keretanya.
Mak
Adah bergerak ke pintu kereta sebelah kanan pemandu. Cermin tingkap kereta itu
di ketuknya perlahan.
Syarifah
Armalia membuka matanya bila mendengar ketukan di cermin tingkap. Pandangannya
tertancap pada wajah wanita separuh abad yang sedang melihatnya dengan
senyuman. Mesti mak Khalif! Desis hatinya. Dengan rasa yang berbelah bahagi,
dia membuka pintu kereta dan keluar dari kenderaan itu.
“Anak
ni kawannya Khalif ye?” Soal Mak Adah, ramah.
Syarifah
Armalia mengangguk seraya menyalami tangan tua itu. Tidak mahu dikata kurang ajar, jika dia berbuat
tidak tahu dengan kehadiran wanita itu.
“Mak
cik ni, maknya Khalif. Panggil Mak cik, Mak Adah,” beritahu Mak Adah lalu
tersenyum. Anak gadis di hadapannya ini sungguh cantik! Alangkah bertuahnya
jika dapat bermenantukan gadis ini. Tapi masalahnya, pakaiannyalah pulak! Macam
tak cukup kain!
“Saya
Syarifah Armalia, majikannya Khalif,” Syarifah Armalia pula memperkenalkan
diri. Apabila dia sedar pandangan Mak Adah yang sedang meneliti pakaiannya, dia
menjadi segan sendiri. Ahh, ini semua salah Khalif! Pandai-pandai je paksa aku
ikut balik rumah orang tua dia! Marah Syarifah Armalia.
“Eh,
jemputlah naik!” pelawa Mak Adah lalu menarik tangan gadis itu menuju ke dalam
rumah separuh batu dan papan itu.
Syarifah
Armalia memerhati segenap ruang dalam rumah milik keluarga Khalif itu. Susun
atur perabotnya rapi walaupun tak semoden dan semahal perabot di rumah
keluarganya. Sejuk mata memandang!
Dalam
rumah itu terdapat empat buah bilik. Salah sebuahnya tentulah bilik Khalif!
Tapi yang mana itu dia tidak pasti. Ahh, bukan penting pun untuk aku tahu!
Fikirnya.
“Kalau
Cik Syarifah Amalia nak berehat, masuklah bilik kedua dari kanan tu. Itu bilik
anak perempuan sulung Mak Adah,” beritahu Mak Adah bila dia melihat gadis itu leka
memerhati ke arah deretan bilik tidur . Mungkin gadis itu mahu berehat.
“Err...tak.
Bukan!” nafi Syarifah Armalia sedikit terkejut bila ditegur secara tiba-tiba
begitu.
“Takpelah
Mak Adah,” ucap Syarifah Armalia setelah rasa terkejutnya hilang.
Mak
Adah hanya tersenyum.
“Cik
Syarifah Armalia kalau nak apa-apa jangan segan beritahu Mak Adah,” pesan Mak
Adah sebaik sahaja melihat Syarifah Armalia seperti berfikir sesuatu.
“Eh,
Mak Adah janganlah ber’cik’ dengan saya. Panggil Melly je,” ujar Syarifah
Armalia sopan.
“Kalau
Mak Adah nak panggil Lia je boleh?”
“Boleh,
Mak Adah. Asal Mak Adah selesa,”
Khalif
yang sedang menatang air minuman ketika itu hanya tersenyum ringkas
mendengarnya. Sopanlah pulak majikannya ini. kena sampuk ke apa?
Syarifah
Armalia memandang pekerja lelakinya yang tekun menuangkan air minuman ke dalam
cawan. Cukup berhati-hati dan tertib! Kalah dia!
“Jemput
minum Cik Armalia,” pelawa Khalif lalu menyua secawan air Nescafe yang masih
berasap itu kepada Syarifah Armalia.
Syarifah
Armalia menyambutnya dengan berhati-hati. Minumannya di sisip ke mulutnya
setelah meniupnya perlahan.
“Mak
Adah tak minum?”Tanya Syarifah Armalia apabila dia perasan yang wanita itu
tidak mengambil minuman yang dibancuh Khalif tadi.
“Mak
Adah tak minum air manis bila dah malam macam ni. Nanti gula dalam darah naik.
Bila dah tua macam ni lah” terang Mak Adah sebelum ketawa kecil.
Syarifah
Armalia hanya mengangguk seraya senyum.
“Kamu
balik esok ye Lif,” ujar Mak Adah bila memandang anak lelakinya yang senyap
dari tadi dan tanpa sedar membuatkan Syarifah Armalia tidak keruan duduknya.
“Aar..Kalau
Lif nak balik malam ni jugak mak tak boleh ke?” Khalif mencuba nasib. Dia
perasan renungan Syarifah Armalia yang tajam padanya.
Mak
Adah menggeleng. Tidak bersetuju.
“Tapi
mak...”
“Takde
tapi-tapi. Kamu tak ingat apa yang berlaku kat kamu dulu?” marah Mak Adah.
Syarifah
Armalia mengetap bibirnya. Tak puas hati dalam diam. Namun, dalam hati
tertanya-tanya juga, apa yang berlaku pada Khalif dulu?
“Mak
Adah minta maaf ye Lia. Mak Adah harap Lia tak marah sebab tak benarkan Lif
balik malam-malam macam ni sekaligus buat kamu tak boleh balik jugak,” pohon
Mak Adah.
Syarifah
Armalia diam. Tidak tahu untuk berkata apa-apa. Kalau ikut hatinya, dia mahu
pulang sekarang jugak! Tapi bila Mak Adah melarang keras, dia jadi serba salah!
Dia tak betah bermalam di rumah orang!
Dalam
terpaksa dia mengangguk juga. Tidak rela kalau Mak Adah menggelarnya majikan
tidak prihatin semata-mata memaksa Khalif memandu malam. Tambahan, mata tua itu
kelihatan menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang menyedihkan.
Mak
Adah perlahan mengukir senyuman lega.
Khalif
mengalihkan pandangannya. Menatap seraut wajah milik Syarifah Armalia.
Kecewa,marah terpaksa, semuanya bercampur aduk!
SYARIFAH ARMALIA
mengeluh berat. Sudah berapa kali dia cuba memakai kain batik yang diberikan
Mak Adah kepadanya, namun dia masih gagal untuk memakainya. Baru bergerak
sedikit, ikatan kain batik itu sudah terlerai! Menyusahkan betul!
Tetapi
mahu tidak mahu, itu sahaja pakaian yang diberikan wanita itu selain sehelai
t-shirt berwarna kuning muda kepunyaan kakak Khalif. Agaknya kain batik memang
pakaian rasmi gadis kampong, kalau tidak mengapa Mak Adah tidak memberikannya pakaian
lain.
Hendak
menyesal pun tiada guna. Semalam, papanya sudah menyuruhnya membawa sehelai dua
pakaian untuk dibawa ke sini, malangnya dia tidak mendengar! Malah, pagi tadi Khalif
juga ada berpesan perkara yang sama
sebelum mereka meneruskan perjalanan. Dia sahaja yang degil!
“Lia,”
panggil Mak Adah dari luar pintu bilik milik anak sulungnya itu.
Syarifah
Armalia tersedar daripada lamunannya.
“Ye,
Mak Adah,” jawab Syarifah Armalia.
“Jom,
turun makan,” ajak Mak Adah.
“Aar...kejap
lagi saya turun,”
“Jangan
lama sangat, nanti lauk sejuk. Mak Adah turun dulu,” ujar Mak Adah lalu
bergerak ke dapur.
Syarifah
Armalia melepaskan keluhan beratnya. Macam mana nak turun kalau kain batik pun
tak tersimpul kemas lagi di tubuhnya?
Mahu
tidak mahu Syarifah Armalia keluar juga dari kamar yang dihuninya dengan kain
batik yang diikat tidak rapi.
Semasa
keluar dari bilik, Syarifah Armalia terserempak dengan Khalif yang juga ingin
turun ke dapur. Lelaki itu tersenyum melihatnya. Dia geram! Mesti Khalif sedang
mentertawakannya dalam hati. Lawak sangatkah cara dia memakai kain batik? Syarifah
Armalia kembali meneliti diri sendiri.
“Cantik
Cik Armalia pakai kain batik. Manis!” puji Khalif ikhlas walau dalam hati rasa
lucu juga melihat gadis itu menyarung kain batik begitu. Sebagai seorang lelaki
yang membesar bersama empat orang wanita, dia cukup arif bagaimana kain batik
sepatutnya tersarung. Tetapi dia tidak mahu mengecilkan hati majikannya itu.
Kritikan pada halwa telinga Syarifah Armalia hanyalah berbunyi cacian! Dia
pasti itu.
“You
perli i ye?” teka Syarifah Armalia sudah bercekak pinggang. Geram!
Khalif
mengangkat kedua belah bahunya. Terserah!
Syarifah
Armalia mengetap bibirnya. Jagalah kau! Amboi bukan main lagi perangai lelaki
ini diluar pejabat. Kalau di pejabat, Khalif hanya menikus, mendengar semua
arahannya.
“Lia,
Lif, mari makan!” panggil Mak Adah dari dapur.
Khalif
mengangkat kakinya dahulu sebelum diikuti Syarifah Armalia. Wanita itu hanya
diam di meja makan. Tidak banyak bersuara. Sekali-sekala bila ditanya ibunya
barulah Syarifah Armalia bersuara.
“Lia
tak makan kari daging tu?” Mak Adah mengunjukkan mangkuk yang berisi kuah kari
daging ke arah gadis yang duduk disebelahnya itu.
Syarifah
Armalia menggeleng sebelum tersenyum, menolak. Daging? Lauk bersantan? Memang
bukan selera tekaknya!
“Saya
tak makan daging merah Mak Adah,” jelas Syarifah Armalia sebaik sahaja melihat
kerutan di dahi tua itu.
Khalif segera memandang
Syarifah Armalia. Pelik!
“Kenapa?”Mak
Adah kehairanan. Dia jarang melihat orang
tak makan daging. Kecualilah penganut agama Hindu. Itu pun daging lembu sahaja.
Anak gadis di sebelahnya ini pulak boleh
dikategorikan tak makan semua jenis daging. Hilang nikmat dunia!
“Tekak
saya tak boleh terima. Kalau setakat ayam dengan ikan tu bolehlah,” balas
Syarifah Armalia, ringkas.
“Hmm...macam
tu pun ada ye? Apa-apa pun nanti kamu kena belajar makan jugak. Mana tahu nanti
dapat suami suka makan daging. Susah kamu nanti,” seloroh Mak Adah.
Syarifah
Armalia menyambutnya dengan senyuman sahaja manakala Khalif sudah tertawa kecil
mendengarnya.
Selesai
menjamu makan malam, Syarifah Armalia bertindak membantu Mak Adah mengemas meja
sementara Khalif membasuh pinggan mangkuk kotor yang telah digunakan tadi.
Ketika
Syarifah Armalia sibuk mengelap meja, tanpa disedari kain batik yang dipakainya
terlucut ! Menampakkan peha gadis itu yang gebu. Mujur sahaja baju yang
dipakainya labuh menutupi bawah punggungnya. Khalif yang baru berpaling untuk
meletakkan pinggan di rak terkejut! Terhempas pinggan di tangannya.
Mak
Adah segera memandang ke arah anak terunanya itu sebelum pandangannya jatuh
pada Syarifah Armalia pula.
“Ya,
Allah!”jerit Mak Adah. Patutlah anak lelakinya yang seorang itu tergamam! Dapat
melihat ‘tayangan percuma’ rupanya.
Syarifah
Armalia yang mulai sedar keadaan dirinya, segera menaikkan kain batiknya semula
dan menyimpulnya ala kadar sahaja sebelum beredar ke bilik yang didiaminya.
Sebaik
mengunci pintu bilik itu, dia memegang
kedua belah pipinya. Panas! Dia benar-benar malu! Untuk pertama kalinya dia
malu bila mendedahkan anggota tubuhnya! Selama ini dia langsung tidak kisah
dengan pandangan orang bila dia memakai skirt yang menampakkan betisnya.
Hairan! Mengapa kini baru terbit rasa malu? Ahh, ini mungkin kerana dia
hormatkan Mak Adah. Apa-apa pun, lepas ni dia takkan pakai kain batik!
Tekadnya.
p/s : Nak lagi tak? ada yang minat tak dengan karakter melly-Khalif ni? sebab mengikut perkiraan saya, cerita ni akan jadi acah-acah melodrama. benci-cinta-konflik-air mata- nak berkorban tak kena tempat, keluarga menentang- benci balik- sayang balik etc...tapi kalau ada yg nak ikut, saya alu-alukan. hehe