Tajuk : TROPHY WIFE
Nama penulis: NOORAIHAS
Tarikh post : 7 December 2013
Kadang-kadang ada suatu perkara
kita perlu lakukan diluar batas moral manusia. Sampai satu tahap, kita bukan
diri kita lagi. Bukan sengaja suka-suka...Tapi terpaksa...
“Betul ke apa yang kita buat
ni,Zam?” Aku mula ragu-ragu. Bila aku pandang muka Nizam, lelaki itu hanya
tenang sahaja.
“Kau relaks la Mary. Aku tahu apa
yang aku buat. Lagipun aku nak tolong ni.”Nizam dengan muka yang confident,
membalas.
Aku menjelingnya sekali imbas
sebelum mencubit lengan kanannya.
“Eeii...kau ni! Mary...Mary...Nama
aku Siti Maryam la mangkuk!”marahku bersungguh. Pantang betul aku kalau orang
meng’omputih’kan nama aku yang serba klasik lagi tersendiri ni! Kalau dulu
asyik-asyik Cik Yam...Cik Yam...Tetiba pulak hari ni jadi Mary. Gedik betul!
“Shhh...Dengar. kalau kau nak rancangan
berjaya, kau ikut aje apa yang aku cakap. Okay? Mulai malam ni, nama kau Mary.
Faham?”Nizam sudah memberi arahannya dengan lagak serius.
Melihat pandangan matanya yang
penuh ketegasan, aku terus menjatuhkan kepala beberapa kali.
Ya...hari ini aku berada di
tempat yang sangat diluar kemampuanku untuk berdiri. Andai aku dan Nizam tak
pernah berkawan, pasti sampai mati pun belum tentu aku akan dapat merasa semua
ini. Dari kaki hingga ke kepala barang yang aku pakai hari ini, semuanya merupakan
tajaan ikhlas dari Nizam demi menjayakan cita-citaku. Cita-cita yang ‘busuk’
caranya. Tapi aku harus jayakan juga demi niatku.
“Kau nampak yang berdiri kat
hujung kolam sana tu?”bisik Nizam
perlahan sambil memandang ke arah yang bertentangan dengan kedudukan kami.
Aku sedikit tersentak
mendengarkan bicaranya yang agak tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Tapi
tidak lama. Kerana apa yang penting FOKUS! Walau apa pun yang berlaku, misi
malam ini perlu dijayakan! Meski apa pun risikonya.
Tanpa menghiraukan orang ramai,
aku membawa pandanganku seperti mana yang telah dikatakan oleh Nizam tadi.
Jelas dipandanganku seorang jejaka yang sangat segak memakai tuxedo sedang
bersembang bersama beberapa tetamu yang lain. mungkinkah dia...
“Rizqin. Tengku Rizqin. CEO La
Feur Malaysia,”terang Nizam senada.
Aku berpaling melihat raut
wajahnya.
“Kau serius? Ehh...aku...aku
takutlah Zam. Takde yang biasa-biasa ke? Ini kaya sangat ni!” Hati ini sudah
mula dihambat rasa resah.
Nizam memandangku dengan reaksi
yang tidak berpuas hati.
“Dah terlambat kalau nak patah
balik. Kau dah melangkah setapak dalam permainan ni.” Marah Nizam sebelum
menyeluk poket seluarnya.
Air liur aku telan dengan sukar.
Ada rasa gementar. Ada rasa mahu berpaling dari keputusan yang aku buat. Tapi
seperti kata Nizam, aku sudah melangkah jauh dari titik selesaku. There is no
turning back!
“Kau faham tak?” gesa Nizam
sambil mencari anak mataku.
Jelas dia juga tidak main-main.
Perlahan aku mengangguk.
Mengerti.
“Okay. Good. Sekarang, apa yang kau perlu tahu, Rizqin
sama aje stereotaip macam orang-orang kaya yang lain.”
Kening aku hampir bertaut. Kali
ini memang aku tak faham dengan apa yang dia cakapkan. Entah apa yang Nizam maksudkan dengan ‘stereotaip’?
“Stereotaip? Maksudnya?” Soalku.
Nizam senyum. Agak sinis juga di
mataku.
“Well, they don’t have faith in Cinderella’s
story. Apa yang diorang tahu kaya berhak bersama yang setaraf je. Bukan dengan si miskin,” terang Nizam dalam
nada yang aku rasa juga agak... sinikal.
“Ohhh...macam tu.”
“Jadi kau jangan takut kalaupun
kau tak berjaya dengan hubungan ni nanti sebab kau tetap akan dapat manfaatnya
jugak.”sambung Nizam lagi.
“Maksud kau?”
Nizam sekali lagi menarik senyum
sengetnya sebelum menjawab.
“Duit. Kita akan gunakan dia
sebaik mungkin. Gunakan setiap kelemahan yang dia ada untuk kepentingan kau.
Lagipun, mengikut sumber yang boleh dipercayai, dia tengah cari isteri. Jadi
tak ada masalah kau nak cuba nasib,” jawab Nizam. Yakin!
Terkebil-kebil mata aku demi
mendengar jawapannya yang penuh keyakinan dan tak kurang juga ada bunyi
kekejaman di situ. Atau mungkin aku seorang aje yang rasa macam tu?
“Tapikan, Nizam...Dia...nak ke
aku ni? Cuba kau tengok kat parti ni, ramai betul perempuan cantik-cantik. Dah
lah tak kaya. Takkanlah dia boleh terpikat dengan aku ni.”Aku mula rasa rendah
diri.
Nizam menepuk perlahan bahuku.
“Don’t worry. He will fall for
you. Sebab...walaupun dia nampak ada segalanya tapi tak semua TUHAN boleh bagi
kat dia,” jawab Nizam penuh pengertian.
“Hmm...mendalam betul ayat kau ni.
Entah-entah kau nak kenakan aku kan?”tebakku, musykil. Takut jugak kalau ini
semua salah satu rancangannya untuk kenakan aku. Nizam ni boleh tahan nakalnya.
“Dalam hal ni, aku langsung tak ada benefit
apa-apa, Mary. Niat aku nak membantu kau aje. Mungkin kau nampak aku terlebih
emo tapi aku tak ada niat jahat. Aku tengah feeling jadi orang tengah aje
sekarang.” ujar Nizam lalu tersengih lebar.
Melihat sengihannya, aku jadi
lega. Oh, feeling-feeling jadi orang tengah je rupanya!
“Heish...kau ni! Suka main-main
tau!”Aku pura-pura memarahinya.
“Okay enough. Time is running
out. Sekarang, kau pergi jayakan misi kau, tangkap jerung besar tu!” arah Nizam
dengan penuh semangat.
Aku mengangguk. Langkah segera
aku buka dengan mengumpul setiap keyakinan yang ada ke arah si jerung besar,
Tengku Rizqin.