Tajuk : Yakinlah Cintaku
Nama penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 14 Julai 2013
PART A
Dalam hidup ini banyak perkara
pelik dan melangkaui akal fikiran kita akan terjadi. Apa yang kita duga, tidak
akan menjadi, manakala apa yang kita tidak pernah duga pulak yang berlaku.
Hidup ini aneh! Jodoh juga aneh! Boleh
jadi orang yang berselisih sebentar tadi adalah jodoh kita.Cuma perlukan perasa
CINTA dan rencah SAYANG untuk menjadikannya sebuah jalan cerita yang bernama
KEHIDUPAN...
“Aku terima nikahnya Khadijah
Syuhaidah binti Khalid dengan mas kahwinnya RM 80 tunai,” lafaz Muhammad Farhan
dengan yakin.
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!”
Sebaik sahaja saksi dan imam
mengesahkan akadnya, Paan segera bangun dan begerak kearah bapa mertuanya.
“Terima kasih ya bapak. Terima
gua jadi menantu!” bisik Muhammad Farhan yang suka di gelar Paan dalam kalangan
member-member motornya.
Lelaki tua separuh abad itu hanya
menjeling tajam. Tidak suka dengan jejaka yang baru sahaja bergelar menantunya
beberapa saat tadi. Pandangannya dihalakan pada si anak gadis yang ayu bersimpuh
di suatu dudut rumah. Walaupun dia tidak
pasti apa sebab anak gadisnya bertindak mengahwini mat rempit itu, namun dia tetap
tidak bersetuju!
Khadijah Syuhaidah memandang ke
dalam mata papanya. Dia tahu mata tua itu masih marah dengan tindakannya mengahwini
kaki motor seperti Paan tapi dia
terpaksa! Bukan salah orang lain, tapi salah papanya jugak! Beria inginkan cucu
dari kerabat yang baik-baik. Oleh itu,
dengan mengahwini Muhammad Farhan, dia yakin papanya tidak akan mengungkit isu
cucu ini. Maklumlah, siapa yang akan berkehendakkan cucu jika susur galurnya
bermasalah seperti Paan!
Cucu? Maknanya harus berkahwin
dan hamil! Tapi ,Khadijah Syuhaidah trauma! Ya, dia seorang gadis yang cukup trauma bila mendengar perkataan HAMIL! Apatah
lagi melihat dan mengalaminya! Cukuplah peristiwa dia melihat arwah mamanya
yang tumpah darah ketika mengandungkan
adiknya, Khalif tujuhbelas tahun lalu itu dijadikan pengajarannya. Dia
tak akan MAHU mengandung!
Perkahwinannya dengan Paan bukan
kahwin kontrak atau kahwin kerana terpaksa.
Tapi kerana masing-masing punya kepentingan tersendiri . itu puncanya!
Ini bukan drama atau novel melayu kini yang selalu dibaca dan ditontonnya. Ini
kisah realiti antara Khadijah Syuhaidah dan Muhammad Farhan yang baru bermula.
Bunyi pintu dikuak dari luar
mengejutkan Muhammad Farhan yang sedang bermalasan di atas katil isterinya.
Wajah kepenatan Khadijah Syuhaidah dipandang bersahaja. Tiada niat nak menyapa apatah lagi beramah
mesra seperti pasangan pengantin lain dimalam pertama pernikahan!
“Assalamualaikum,” Khadijah
Syuhaidah memberi salam.
Salam yang diberi hanya disambut
di dalam hati Paan sahaja. Dia bukan berminat sangat dengan peguam muda itu.
Tapi memandangkan wanita itu sudah membantu menyelesaikan hutangnya, maka dia
terima sahajalah bila Khadijah Syuhaidah ‘melamarnya’ untuk dijadikan suami
kepadanya. Inilah makannya bila berhutang, dengan badan dan statusnya sekali
tergadai! Dulu bujang, kini suami orang! Pertemuannya dengan wanita itu bermula
apabila dia telah membantu menyelamatkan Khadijah daripada menjadi mangsa
ragut salah seorang rakan rempitnya.
Pada masa itu mereka masih dalam perlumbaan. Kerana menolong Khadijah, Paan
yang biasa menang perlumbaan haram,kalah pada hari itu dan menanggung hutang
pertaruhan. Dua minggu selepas dia menyelamatkan Khadijah, wanita itu kembali
dengan niat untuk membantunya tetapi dengan syarat dia harus menikahinya dan
kerana terdesak Paan menerimanya tanpa berfikir dua kali. Dia juga sudah
berjanji dengan Khadijah untuk tidak terlibat dalam dunia rempit lagi. Jika dia
ingkar, Khadijah akan meminta ganti rugi lebih dari apa yang dia mampu!
Khadijah Syuhaidah
mengerling sekilas kearah Paan. Muka lelaki itu nampak sangat terpaksa.
Namun, walau apa pun lelaki itu tetap sudah sah bergelar suaminya petang tadi.
Melihat kepada kepala anginnya Paan, nampak gayanya dialah yang harus
mencorakkan hubungan baru ini. Bukan nak kata apa, pada pandangannya, Paan
seorang lelaki yang tidak matang, suka bertindak melulu dan panas baran. Seratus
peratus kontra dengannya! Untuk memastikan Paan tidak kembali ke dunia
rempitnya sahaja Khadijah harus mengugutnya dengan ganti rugi yang dia tahu
Paan tidak akan mampu bayar!
Paan yang menyedari pandangan
isterinya itu bertindak menuruni katil dan menuju ke sofa sudut yang terdapat
dalam bilik itu.
“Han,” panggil Khadijah Syuhaidah
senada.