Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, January 26, 2013

#13 Anak Luar Nikah? Bukan Salah Mereka!

Assalamualaikum dan hai!

Saspen tak bunyi post saya kali ini? Dah kenapa NOORAIHAS bercakap pasal anak luar nikah ni? okey, straight to the point lah kan. This is gonna be my point for my next cerpen! Tajuknya ialah, Opps, Silap Hati!

Dalam cerpen ini saya akan mengetengahkan kisah Khurul Aisyah yang merasa rendah diri dengan status yang dimilikinya, iaitu anak luar nikah. Aisyah terlalu malu dengan statusnya sehingga takut untuk mencintai Syed Khairul, rakan sekelasnya. Sementara itu, dia turut terjebak dengan permainan Syed Amriz, sepupu kepada Syed Khairul dengan menjadi 'perempuan simpanan' lelaki itu demi menjaga rahsianya yang mencintai Syed Khairul, di mana ketika itu Syed Khairul sudah pun menjalinkan percintaan dengan Umairah sahabat baik Aisyah sendiri!

Kenapa silap hati? Langsung tak ada kena mengena dengan isu anak luar nikah ni! Haa... itu kena tunggu!

Berbalik kepada tajuk post, secara  peribadinya saya menyeru kepada setiap lapisan masyarakat jangan pernah mencaci status mereka! Mereka tidak bersalah! Yang bersalahnya mak ayahnya kerana berzina!Ada apa pada status? Kerana akhirnya kita tetap akan kembali sebagai hamba kepada Yang Maha Besar, Allah S.W.T ! Nanti2 pakai kain kapan warna putih jugak! Bukan sutera ke, Nylon ke? Kan?

Until then, jangan lupa komen cerpen OPPS, SILAP HATI!

Assalamualaikum :)

Monday, January 14, 2013

#12 Cerpen : My CRUSH Until Jannah



Tajuk : My CRUSH Until JANNAH
Nama Penulis : NOORAIHAS
Tarikh Post : 14 Januari 2013

CINTA. RINDU. UNTUK.SEPANJANG. HAYAT. 
        
P/S : sila pasang lagu Suraya-INDIGO semasa membaca cerpen ini J

“Awak ni gila!”

Aku membulatkan mata. Sampai hati dia kata aku gila. Aku Cuma suka kat dia. Itu pun salah ke?

“Tak baik awak cakap macam tu. Saya tak gilalah,” balasku dengan air muka yang mendung.

“Kalau awak tak gila, habis awak apa? Meroyan?” tengkingnya lagi. Hampir menitis air mataku mendengarnya. Nasib baik kepala aku dari tadi menunduk, memandang tanah. Kalau tidak mesti kantoi!

“Sudahlah! Ini amaran terakhir saya. Jangan ekori saya. Tolonglah cermin diri tu sikit! Dah lah tak cantik! 
Cermin mata tebal,  macam nerd! Ada hati nak jadi makwe saya. Tiang lagi cantiklah dari awak tau!” herdiknya lalu meninggalkan aku terkulat-kulat sendiri. Air mata yang tadi Cuma bertakung di tubir mata, akhirnya gugur di pipiku.

Sedihnya hati! Awak jahat! Ayat-ayat yang keluar dari mulut awak macam pisau. Tajam !  Ada ke patut samakan saya dengan tiang!Tapi nak buat macam mana, saya tetap suka awak sampai bila-bila. Sebab  awak crush kita, walaupun tak  ada tempat di hati awak untuk mengangkat saya menjadi cinta awak.

Tapi itu dulu, masih ada cintakah lagi dalam hatiku untuknya? Sekurang-kurangnya perasaan suka?Aku menutup kembali diari usang milikku. Diari yang aku mula buat bila bertemu dia dan yang aku tutup, tidak buka-buka lagi setelah kejadian itu. Namun, kini, aku kembali membukanya...

***
Suraya...
Seperti mana kau dan mentari...
Pengemis ini meminta...
Serangkaian cahaya...
Hatimu Suraya...


Aku menghentikan langkah. Oh, mak! Suara siapa yang merdu sangat nih? Apa mak dia makan masa mengandungkan dia sampai dapat suara sedap macam ni? Mataku melingas memerhati sekeliling, mencari gerangan suara yang menyanyi tadi. Sudahlah menyanyi lagu yang ada sebut nama aku. Wah , terharu akak tau! Macam seru-seru pulak! Kalau macam tu biar aku cari dirimu wahai pemilik suara! Tekadku.

Dalam dok sibuk mencari si empunya suara, aku  secara tak sengaja tersepak tin minuman. Hei, mangkuk mana yang tak belajar sivik ni? Buang sampah merata-rata! Kau ingat  ini tempat pelupusan sampah ke apa! Marahku dalam hati lalu tin minuman tadi diambil dan aku mula mencari tong sampah yang berdekatan.

“Okey! Jumpa pun awak Mr. Dustbin!” sorakku setelah tong sampah Berjaya aku jumpa. Macam jumpa harta je lagak gembiranya. Dalam kegembiraanku bercampur teruja bertemu dengan tong sampah, aku tidak semena-mena tergelincir jatuh dek  kulit pisang yang dibuang di luar tong.

Bukkk!

“Adoi! Punggung aku!” rintihku kesakitan. Cara jatuh memang langsung tak cun! Adeh, kenapalah nak jatuh sekarang?

“Awak?” tegur satu suara.

Aku segera berpaling dan bangun dalam waktu yang sama. Malunya!  Orang nampak! Dan...Mak, hensemnya bakal menantu mak!

Secara tidak langsung aku mengerdipkan mata beberapa kali. Mengangumi betapa eloknya ciptaan Allah di hadapanku ini. Terus terlupa pada sang pemilik suara yang aku cari tadi.

“Awak tak apa-apa?”

Lelaki itu melayang-layangkan tangannya dekat dengan wajahku. Cuba  menyedarkan aku yang lagi diambang kekaguman dengan ciptaan Tuhan Ini.

“Saya...okey...je...”jawabku secara seketul-seketul perkataan yang keluar. Masih separa sedar!

“Oh, okey.  Kalau macam tu saya pergi dulu,” pamitnya dan berpaling meninggalkan aku.

Bagai tersedar dari lena, aku cepat-cepat berjalan menyainginya dan berhenti betul-betul di hadapannya sebelum mendepangkan kedua-dua belah tanganku. Menghalangnya dari terus berlalu. Dia terkejut seketika.

“Err...terima kasih,” ucapku lalu tersenyum manis.

Dia senyum ringkas menampakkan lesung pipitnya yang memang dalam macam kolam! Kolam? Ahh, lantaklah kalau takde kena-mengena pun! Bukan masuk exam pun!

“Sama-sama,” jawabnya dan kembali ingin berlalu. Tapi aku masih berdiri di depannya. Masih tidak puas menatapnya.

“Nama awak apa ekk?” Selamba aku terus bertanyakan namanya. Dah terbaliklah pulak kan. Tapi bukan untuk apa-apa pun. Saje tambah kenalan. Tak salah kan?

“Err...Is...”

“Hah, mesti Iskandar kan? Saya dah agak dah! Kalau orang handsome macam awak ni mesti ada nama sedap-sedap,” potongku dengan nada sedikit teruja tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya.

Dia terpinga-pinga sebentar. Mungkin terkejut kot melihat aku berjaya meneka namanya dengan tepat bersama reaksi yang diluar jangkaannya.

“Ismadi. Nama saya Ismadi,” tegasnya, mematikan mood teruja aku sebentar tadi.

Aku  tersenyum sumbing . Alamak, salah ke?

“Errk...salah ye? Tapi takpe. Nama saya....”

“Awak, saya takde masa nak berkenalan. Kalau itu niat awak. Baik awak lupakan je,” Lelaki itu pula memotong kata-kataku dan berlalu meninggalkan aku terkulat-kulat seorang diri. Secara tidak sengaja, aku mengeluh perlahan. Kecewa.

Ismadi. Aku menyeru namanya dalam hati. Satu hari nanti kita akan bertemu lagi. Dan saya akan pastikan awak sukakan saya sepertimana saya dah ‘tersuka’ awak. Janjiku bersama senyuman keyakinan. Ahh, tak sabar nak tunggu hari tu!