PINTU BAHAGIA...
Tajuk : Pintu Bahagia..
Nama Penulis :NOORAIHAS
Tarikh post : 16 MAC 2013
Faiz Hasbullah
menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Menghayati kenikmatan asap rokok dari
jenama KENT itu. Mahal sikit pun takpe, asal ketagihnya tak melarat!
Halim hanya
sengih melihat temannya yang ralit menikmati rokoknya. Macam setahun tak dapat!
Desis hatinya.
“Kau pehal
bro? Diam je?” soal Halim sebaik sahaja puntung rokok yang dihisap Faiz ditutuh
ke lantai. Habis satu rokok, Faiz mencapai yang lain pula. Lighter miliknya
dinyalakan dan dicucuh ke hujung rokok yang baru.
Wajah
berjambang Halim dipandangnya sekejap sebelum kembali menghisap rokoknya yang
baru.
“Aku takde
benda nak cakap. So, better aku diam
je! Kau tu yang menyemak kat sini pehal?” marah Faiz dalam nada mendatar. Tiada
mood nak bersembang. Entah macam mana pulak si Halim ni boleh cari dia kat
kebun milik ayahnya ini. Musykil betul!
Halim sengih
lagi menampakkan barisan giginya yang kekuningan, kesan daripada merokok. Dia
ada permintaan dan dia tahu Faiz pasti akan tunaikan.
“ Aku nak
pinjam duit sikit,” pinta Halim pada Faiz.
Faiz
menghembuskan asap rokok yang baru disedutnya ke muka Halim. Terbatuk-batuk
Halim dek tindakan tiba-tiba Faiz itu.
“ Dua minggu
lepas kau dah pinjam. Minggu ni pun kau nak lagi?” sindir Faiz lalu memakukan
anak matanya ke dalam anak mata Halim yang muda 3 tahun darinya itu.
Halim
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Salah dia jugak! Berjudi ! Dah
berjudi, asyik kalah pulak tu! Terpaksalah dia berhutang. Nak minta pada
ayahnya memang nak kena pelangkunglah jawabnya.
“Ala, kau bagi
jelah Iz. Aku...Aku betul- betul sesak ni!” rayu Halim. Sudah hilang malunya
pada Faiz. Malu jatuh nombor lain. Yang penting budak-budak Helmi tak pukul dia
sampai mati!
Faiz sudah
mengangkat keningnya. Pelik.
“ Kau ni
kenapa?” Faiz sudah hilang sabar. Pantang datuk nenek dia kalau orang suka
paksa-paksa dia.
Halim mengetap
giginya. Serba salah nak bagitahu atau diamkan sahaja masalahnya itu.Tapi, dia
perlukan duit sebelum hujung minggu ni. Ahh, bagitahu jelah...
“Aku...Aku
kalah judi. Budak-budak Helmi nanti cari aku kalau aku tak bayar. Tolonglah
Iz,” terang Halim sekaligus merayu.
Faiz
membulatkan matanya tapi sekejap sahaja. Tak guna dia nak marahkan si Halim ni,
sedangkan dia jugak sepesen je dengan pemuda 24 tahun itu . Berjudi, minum
arak, racing haram, pecah masuk rumah orang, semua dia dah buat. Cuma tak
sentuh perempuan je satu-satunya perkara jahat yang dia tak pernah buat
agaknya. Tapi sejak dia sudah berkerja, semua benda tu sudah ditinggalkannya.
“ Orang
berjudi kau pun nak berjudi, bila dah kalah tak reti pulak nak bayar
sendiri,”perli Faiz seraya mengambil dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping
not RM50.
Muka Halim
berseri-seri melihat kepingan wang kertas yang keluar dari dompet Faiz itu.
Ringan otaknya sekejap. Tapi masih ada sesuatu lagi yang Faiz tak tahu dan dia
harus bagitahunya.
“Nah, aku rasa
cukupkan?” Tanya Faiz serentak menghulurkan wang kertas berwarna hijau itu
kepada Halim.
Halim
menyambut dengan gembira.
“Thanks, nanti
bila aku ada duit aku bagi kau,” janjinya.
Faiz mencebik.
Yelah tu...
“Err...Faiz,”
panggil Halim bilamana dia melihat Faiz sudah mahu beredar.
Faiz
berpaling, memandang mukanya Halim. Ada benda lagi ke yang tak selesai?
“Helmi...”
“Hmm...Kenapa
dengan budak tu?”
“....dia nak
ajak kau race hujung minggu ni,”
sambung Halim sambil mengurut pangkal lehernya. Risau.
“ Kalau kau
menang dia bagi apa dia ada kat kau. Kau nak join tak?”
Faiz mengukir
senyum sinis. Helmi nak lawan dia? Lawan tauke nampak! Boleh Helmi! Boleh! Aku
Cuma takut cagarannya nanti kau tak boleh bagi!
“Aku in..Tapi pesan kat dia....” Faiz menarik
telinga Halim rapat kepadanya.
Halim
membulatkan matanya. Tidak percaya!
***
Faiz tersenyum
sendiri. Dia yakin dia menang! Dia harus menang walau apa-pun. Itu janjinya!
Muka Helmi yang tidak puas hati di jelingnya sekilas. Nampak benar tak puas
hati! Tapi apa dia peduli. Janji tetap janji!
“Kau dah sedia
ke Helmi?” ejek Faiz.
Helmi
mengecilkan matanya. Nak kena jantan ni!
“Hei, ini
Helmilah! Siapa tak kenal Mi? Janji ditepati!”
“Tak payah nak
Satu Malaysia sangat kat sini! Sekarang mana dia?”sela Faiz sambil matanya
melilau sekeliling.
Helmi menguis
kakinya ke tanah. Serba salah.
“Kau tipu aku
ke?”
Faiz mendekati Helmi. Matanya
sudah merah! Marah!
“Aku...Aku
tahu aku kalah, tapi aku tak sanggup nak bagi adik aku kat kau!” balas Helmi
tergagap-gagap.
Faiz mendengus kasar. Topi
besbolnya di buang kasar ke tanah. Geram!
“Masa kau ajak
aku berlumba, kau tak nak pulak fikir sanggup ke tak sanggup dengan cagaran kau
tu?” bentak Faiz.
Helmi menekur pandangannya ke
tanah.
“ Aku tak
kira, aku nak jugak adik kau sekarang! Kau buatlah macam manapun asalkan adik
kau melutut depan aku!”
Helmi mengetap
bibirnya. Ini semua salah dirinya! Tak pernah fikir lawan tu siapa. Melihat
Faiz yang tinggi lampai dan sasa itu mendatangkan ketakutan padanya. Risau
tulang-temulangnya patah riuk dikerjakan si Faiz. Tapi dia lagi tak sanggup
untuk melihat adiknya, Haiza di ratah Faiz! Dia bukan abang yang dayus!
Fikirnya, dia yang akan menang perlawanannya itu memandangkan Faiz dah lama tak
turun padang. Namun, dia silap! Silap yang besar!
“Ka..Kalau kau
nak jugak Ija...”Bicara Helmi terhenti seketika.
Faiz menanti dengan tidak sabar.
“...kau kahwin
dengan dia. Kalau kata kau dah puas, kau ceraikan dia!” sambung Helmi dengan
tegas. Dia tiada pilihan. Janji tetap janji. Bukan anak jantan kalau dia
memungkiri janji! Sekurang-kurangnya
dengan cara ini adik perempuannya itu tidak akan di labelkan perempuan
sundal di mata masyarakat nanti.
Senyuman sinis tersungging jahat
di bibir Faiz. Kahwin?