Oh, Pengikut Setiaku!!!

Sunday, October 7, 2012

#03 Cerpen : Menantu Cucu Opah

Tajuk : Menantu Cucu Opah
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     “ Siti Sahira!” jerit opah dari dapur. Aku hanya mampu menekupkan bantal ke mukaku. Malasnya  nak bangun. Selimut ku tarik menutupi muka.
     
     “ Siti Sahira bangun!” kejut opah betul-betul di tepi telingaku. Aik, sejak bila pulak opah masuk nih? Tak dengar bunyi pintu pun?

     Selimutku opah tarik dengan kejam! Huh, apalah opah ni! Tak sporting langsung!

     Mataku buka perlahan. Nak berlakon tidur mati dah tak sempat.

    “ Opah! Apa kejut orang pagi-pagi nih?” tanyaku tanpa rasa segan silunya. Serentak itu cuping telingaku ditarik opah.

     “Aduii!” jeritku kesakitan.

     Mata opah membulat. Mataku jugak tak kurang hebat bulatnya. Bulat menahan perit.

     “ Pagi kamu kata? Dah pukul 12 tengahari ni kamu kata pagi lagi?” bebel opah seraya melepaskan cuping telingaku.


#02 Cerpen : Femininnya Suamiku...


Tajuk : Femininnya Suamiku...
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     Akhalil mengeluh perlahan apabila melihat plastik makanan yang berteraburan di atas meja kopi yang terdapat di ruang tamunya itu. Ini tak lain tak bukan mesti kerja isterinya! Walaupun baru sebulan dia menikahi wanita itu  tapi rasanya dia sudah kenal benar dengan perangai bersepah Syarifah Armalia! Yelah, memandangkan mereka cuma tinggal berdua sahaja maka siapa lagi yang membuat sepah di dalam rumah?

     Syarifah Armalia memang wanita yang banyak karenah! Selain pandai buat sepah isterinya itu juga seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan! Sesuatu yang baru dia ketahui sepanjang bergelar setiausaha kepada wanita itu. Patutlah selama ini makan kat tempat yang ada kelas sahaja. Dia masak pun isterinya itu lansung tak sentuh! Sebelum ini dia hanyalah seorang lelaki yang bergelar setiausaha kepada CEO ARMAND Holding  itu sahaja tapi sekarang sudah bergelar suami, kerana peristiwa yang tak di jangka! Dia di tangkap khalwat ketika bersama Syarifah Armalia semasa melawat tapak projek di Kuantan! Dia sendiri tak tahu siapa yang cuba menganiaya mereka. Setahunya dia tidak mempunyai musuh, tapi tak tahulah Syarifah Armalia. Walaubagaimanapun, wanita itu tetap meletakkan segala kesalahan di atas bahunya seorang.

#01 salam perkenalan

salam! hai!

first post ever. :DDDD
saya akan post cerpen-cerpen yang saya tulis kat sini dan jika insyaAllah kalau idea saya tu banyak, saya akan post novel yang saya tulis pulak.

anyhow, sila la baca dan komen kalau tak keberatan.
komen tu dapat buatkan saya improve writing style saya. :)

btw, saya pun ada post cerpen saya kat Penulisan2u dan nama pena saya NOORAIHAS.

tu je buat masa ni. thanks~
salam.