Oh, Pengikut Setiaku!!!

Tuesday, June 11, 2013

# 19 Lots of L.O.V.E

Assalamualaikum dan hai!

Maaf lama tak up date...tapi itu perkara biasa bila kita ditahun-tahun akhir pengajian dimana anda akan lebih busy dari biasa!

walau apa pun, saya masih 'berdedikasi' menulis dan menyiapkan karya yang seterusnya demi anda yang membaca cerpen dan 'cervel' saya. siapa tahu makna 'cervel' in shaa Allah saya akan masukkan nama dia dalam karya saya yang seterusnya. hehe

para pembaca...terima kasih sudi berkunjung dan menunggu entry terbaru dari blog saya yang tak seberapa ni. tanpa anda...saya masih boleh menulis. tapi saya mungkin penulis yang syok sendiri.

kepada Aliaa yang telah mencipta perkataan 'cervel' tu...thanks a lot ya! aku cilok sekejap. hujung tahun depan aku pulang balik. kihkihkih...

kepada Ela  si penulis...sila tumpu perhatian pada skrip untuk drama kita. awak penulis skrip saya tukang bancuh air je :p

lots of  love <3
NOORAIHAS 




Monday, June 10, 2013

# 18 Cerpen: Annoyingnya Cinta Dia!


Tajuk : Annoyingnya Cinta Dia
Nama penulis : NOORAIHAS
 tarikh post : 10 JUN 2013

Dalam hidup ini ada banyak jenis gaduh. Gaduh  gangster. Gaduh suami isteri. Gaduh antara kekasih. Gaduh  dengan kawan. Gaduh rakan sekerja dan  gaduh jiran tetangga!  Dalam banyak-banyak gaduh ni, aku terperangkap dalam jenis gaduh antara jiran tetangga! Hei, jangan salah sangka ya! Dengan jiran tetangga yang lain aku tersangatlah dikenali sebagai jiran yang prihatin dan sukalah bantu membantu ni! Tapi dengan jiran sebelah rumah  kanan aku ni aje aku tak boleh blah!

Untuk pengetahuan korang semua, masuk tahun ni, dah satu tahun tiga bulan tiga hari aku menjadi jiran yang sangat-sangat bersabar dengan karenahnya. Tapi sekali lagi aku tekankan, jangan terpedaya dengan statement  bawa sedar  yang baru sahaja aku nyatakan tadi yang bahawasanya aku telah menjadi ‘jiran yang sangat-sangat bersabar’ kerana ternyata  kenyataan yang sebenar jauh senduk dari periuk!

Pada awalnya, jiran aku yang seorang ni tak adalah menjengkelkan hati aku sampai mencecah tahap dewa seperti  hari ini. Maklumlah tak pernah bersembang! Lagipun  dalam kawasan taman yang sedang aku diami ini hanya kami berdua sahaja yang masih tidak berkahwin.  Aku  dara dan dia teruna. Tinggal seorang. Jadi, aku tidak mahu timbul sebarang desas-desus yang tidak enak jika aku beramah mesra sangat dengan jiran sebelah kanan rumah aku ni! Sebarang komunikasi yang tidak penting adalah dilarang sama sekali! Sehinggalah  pada suatu hari yang tragik...

PINTU pagar rumah yang terasa diketuk-ketuk menggamit perhatianku. Siapa pulaklah yang datang malam-malam buta ni! Chup! Baru pukul 8 malam.hehehe...Exaggerating pulak! Dengan rasa malas dan penat yang bersatu aku pun menuju ke muka pintu. Buka sahaja pintu utama rumah, mataku sudah dapat menangkap kelibat manusia yang mengetuk pagar rumahku tadi. Oh..jiran sebelah! Agaknya dia salah ketuk pagar gamaknya. Maklumlah jenis pagar rumah kami sama!

“Maaf ya Encik, ini rumah saya. Rumah awak sebelah sini,” ujarku dengan penuh berhemah. Siap tunjuk arah lagi! Mana nak dapat jiran yang baik macam aku ni!

Malangnya lelaki di hadapan aku ini bagaikan tidak peka dengan kata-kataku sebentar tadi. Matanya yang tajam menikam itu menakutkan aku. Manalah tahu dia ada menyimpan niat jahat padaku. Aku pun  mulalah tergaru-garu kepala yang dibaluti tudung. Nak cari idea selamatkan diri! Bahaya kalau terus berdiri kat luar begini. Walaupun dipisahkan pagar!

“Perempuan! Semuanya sama! Murah!” katanya, keras. Tapi masih dapat ditangkap oleh telinga lintah aku ni.

“Apa Encik?” Soalku. Manalah tahu aku salah dengar. Kan?

“Huh! Kau dengar tapi buat-buat tak dengar. Memang dasar murah!” bentaknya lagi sambil menggoyangkan pagar rumahku sekali lagi.

Kali ini aku baru perasan. lelaki ini sebenarnya bukan dalam keadaan sedar! Apa ? sleep walking? Bukan! Dia terhuyung- hayang macam orang mabuk. Pembetulan...Bukan macam tapi memang MABUK! Jiran sebelah rumah aku ni rupanya di bawah pengaruh alcohol! Nauzubillahminzalik!

“Hei, Encik Jiran! Awak ni dah mabuk! Baik awak balik rumah awak sekarang!” arahku dalam keadaan marah! siap bercekak pinggang bagai! Encik jiran pun encik jiranlah! Dah aku tak tahu nama dia, hentam ajelah!

Dia ketawa untuk beberapa saat dan kemudiannya menangis secara  tiba-tiba. Buat aku jadi seram semacam! Kecut perut pun ada. Langkah nak lari tu ada. Tapi kaki ni aje degil! Tak mahu berganjaklah pulak! Hei, jiran-jiran aku yang lain ni mana? Tak dengar ke kekecohan yang sedang dibuat oleh tetangga baru kita ni! Bisik hatiku risau.

“Setia? Cinta? Jujur? Untuk apa semua tu? Untuk mudahkan kau tipu aku. Macam tu?”

Aku mula menelan air liurku dengan susah payah. Apa pulak dia ni cinta, jujur bagai ni? Aku bukan kekasih kau lah mangkuk!

Tapi sebaik sahaja dia mula melangkah ke  arah rumahnya, aku hampir menarik nafas lega. Tapi tidak lama kerana dia kembali semula dengan membawa tong sampah milik kediamannya datang ke rumahku.

“Ini hadiah untuk kau sebab curang dengan aku!” jeritnya serentak segala isi tong sampah milik rumahnya disiramkannya ke atas kepalaku. Tergamam aku! Busuknya!

“Ya ALLAH! Firman!” jerit Pak cik Hadi yang baru balik dari masjid. Cepat-cepat lelaki separuh abad itu mendekati lelaki yang bernama Firman, merangkap jiran biadap aku ni dan merampas tong sampah ditangannya.

Sementara aku terkibas-kibas baju milikku, Pak cik Hadi sudah menarik tangan Firman menjauh dari perkarangan rumahku. Lelaki itu sekali sekala cuba membentak ingin dilepaskan.

“Lepas! Hei, lepas aku kata! Lepas!” teriak Firman sambil meronta-ronta.

“Amani...masuk lekas!Firman ni biar Pak cik  bawa balik rumah dia. Mabuk pulak budak sorang ni! Haish!” keluh Pak cik Hadi setelah menyuruh aku masuk ke dalam rumah.

Aku hanya mengangguk lemah. Baru aku nak sembur! Nasib baik Pak cik Hadi sampai pada masa yang tepat. Kalau tak memang mamat yang bernama Firman tu mandi sampah jugak malam ni macam yang dia buat kat aku tadi! Takpe...ada hari aku balas jugak nanti!