Oh, Pengikut Setiaku!!!

Saturday, March 16, 2013

#17CERPEN: Pintu Bahagia


PINTU BAHAGIA...
Tajuk : Pintu Bahagia..
Nama Penulis :NOORAIHAS
Tarikh post :  16 MAC 2013



Faiz Hasbullah menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Menghayati kenikmatan asap rokok dari jenama KENT itu. Mahal sikit pun takpe, asal ketagihnya tak melarat!

Halim hanya sengih melihat temannya yang ralit menikmati rokoknya. Macam setahun tak dapat! Desis hatinya.

“Kau pehal bro? Diam je?” soal Halim sebaik sahaja puntung rokok yang dihisap Faiz ditutuh ke lantai. Habis satu rokok, Faiz mencapai yang lain pula. Lighter miliknya dinyalakan dan dicucuh ke hujung rokok yang baru.

Wajah berjambang Halim dipandangnya sekejap sebelum kembali menghisap rokoknya yang baru.

“Aku takde benda nak cakap. So, better aku diam je! Kau tu yang menyemak kat sini pehal?” marah Faiz dalam nada mendatar. Tiada mood nak bersembang. Entah macam mana pulak si Halim ni boleh cari dia kat kebun milik ayahnya ini. Musykil betul!

Halim sengih lagi menampakkan barisan giginya yang kekuningan, kesan daripada merokok. Dia ada permintaan dan dia tahu Faiz pasti akan tunaikan.

“ Aku nak pinjam duit sikit,” pinta Halim pada Faiz.

Faiz menghembuskan asap rokok yang baru disedutnya ke muka Halim. Terbatuk-batuk Halim  dek tindakan tiba-tiba Faiz itu.

“ Dua minggu lepas kau dah pinjam. Minggu ni pun kau nak lagi?” sindir Faiz lalu memakukan anak matanya ke dalam anak mata Halim yang muda 3 tahun darinya itu.

Halim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Salah dia jugak! Berjudi ! Dah berjudi, asyik kalah pulak tu! Terpaksalah dia berhutang. Nak minta pada ayahnya memang nak kena pelangkunglah jawabnya.

“Ala, kau bagi jelah Iz. Aku...Aku betul- betul sesak ni!” rayu Halim. Sudah hilang malunya pada Faiz. Malu jatuh nombor lain. Yang penting budak-budak Helmi tak pukul dia sampai mati!

Faiz sudah mengangkat keningnya. Pelik.

“ Kau ni kenapa?” Faiz sudah hilang sabar. Pantang datuk nenek dia kalau orang suka paksa-paksa dia.
Halim mengetap giginya. Serba salah nak bagitahu atau diamkan sahaja masalahnya itu.Tapi, dia perlukan duit sebelum hujung minggu ni. Ahh, bagitahu jelah...

“Aku...Aku kalah judi. Budak-budak Helmi nanti cari aku kalau aku tak bayar. Tolonglah Iz,” terang Halim sekaligus merayu.

Faiz membulatkan matanya tapi sekejap sahaja. Tak guna dia nak marahkan si Halim ni, sedangkan dia jugak sepesen je dengan pemuda 24 tahun itu . Berjudi, minum arak, racing haram, pecah masuk rumah orang, semua dia dah buat. Cuma tak sentuh perempuan je satu-satunya perkara jahat yang dia tak pernah buat agaknya. Tapi sejak dia sudah berkerja, semua benda tu sudah ditinggalkannya.

“ Orang berjudi kau pun nak berjudi, bila dah kalah tak reti pulak nak bayar sendiri,”perli Faiz seraya mengambil dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping not RM50.

Muka Halim berseri-seri melihat kepingan wang kertas yang keluar dari dompet Faiz itu. Ringan otaknya sekejap. Tapi masih ada sesuatu lagi yang Faiz tak tahu dan dia harus bagitahunya.

“Nah, aku rasa cukupkan?” Tanya Faiz serentak menghulurkan wang kertas berwarna hijau itu kepada Halim.

Halim menyambut dengan gembira.

“Thanks, nanti bila aku ada duit aku bagi kau,” janjinya.

Faiz mencebik. Yelah tu...

“Err...Faiz,” panggil Halim bilamana dia melihat Faiz sudah mahu beredar.

Faiz berpaling, memandang mukanya Halim. Ada benda lagi ke yang tak selesai?

“Helmi...”

“Hmm...Kenapa dengan budak tu?”

“....dia nak ajak kau race hujung minggu ni,” sambung Halim sambil mengurut pangkal lehernya. Risau.

“ Kalau kau menang dia bagi apa dia ada kat kau. Kau nak join tak?”
Faiz mengukir senyum sinis. Helmi nak lawan dia? Lawan tauke nampak! Boleh Helmi! Boleh! Aku Cuma takut cagarannya nanti kau tak boleh bagi!

“Aku in..Tapi pesan kat dia....” Faiz menarik telinga Halim rapat kepadanya.

Halim membulatkan matanya. Tidak percaya!
***
Faiz tersenyum sendiri. Dia yakin dia menang! Dia harus menang walau apa-pun. Itu janjinya! Muka Helmi yang tidak puas hati di jelingnya sekilas. Nampak benar tak puas hati! Tapi apa dia peduli. Janji tetap janji!
“Kau dah sedia ke Helmi?” ejek Faiz.

Helmi mengecilkan matanya. Nak kena jantan ni!

“Hei, ini Helmilah! Siapa tak kenal Mi? Janji ditepati!”

“Tak payah nak Satu Malaysia sangat kat sini! Sekarang mana dia?”sela Faiz sambil matanya melilau sekeliling.

Helmi menguis kakinya ke tanah. Serba salah.

“Kau tipu aku ke?”

Faiz mendekati Helmi. Matanya sudah merah! Marah!

“Aku...Aku tahu aku kalah, tapi aku tak sanggup nak bagi adik aku kat kau!” balas Helmi tergagap-gagap.

Faiz mendengus kasar. Topi besbolnya di buang kasar ke tanah. Geram!

“Masa kau ajak aku berlumba, kau tak nak pulak fikir sanggup ke tak sanggup dengan cagaran kau tu?” bentak Faiz.

Helmi menekur pandangannya ke tanah.

“ Aku tak kira, aku nak jugak adik kau sekarang! Kau buatlah macam manapun asalkan adik kau melutut depan aku!”
Helmi mengetap bibirnya. Ini semua salah dirinya! Tak pernah fikir lawan tu siapa. Melihat Faiz yang tinggi lampai dan sasa itu mendatangkan ketakutan padanya. Risau tulang-temulangnya patah riuk dikerjakan si Faiz. Tapi dia lagi tak sanggup untuk melihat adiknya, Haiza di ratah Faiz! Dia bukan abang yang dayus! Fikirnya, dia yang akan menang perlawanannya itu memandangkan Faiz dah lama tak turun padang. Namun, dia silap! Silap yang besar!

“Ka..Kalau kau nak jugak Ija...”Bicara Helmi terhenti seketika.

Faiz menanti dengan tidak sabar.

“...kau kahwin dengan dia. Kalau kata kau dah puas, kau ceraikan dia!” sambung Helmi dengan tegas. Dia tiada pilihan. Janji tetap janji. Bukan anak jantan kalau dia memungkiri janji! Sekurang-kurangnya  dengan cara ini adik perempuannya itu tidak akan di labelkan perempuan sundal di mata masyarakat nanti.

Senyuman sinis tersungging jahat di bibir Faiz. Kahwin?