Elya
Nasuha memandang skrin laptopnya dengan pandangan yang tidak berkelip. Tekun
menyiapkan artikel yang akan di masukkan dalam ruangan ‘KERJAYAKU DUNIAKU’
untuk majalah lelaki yang sedang meningkat naik, ‘GAYA MACHOKU’. Dia sebenarnya
agak kurang berkeyakinan semasa awal berkerja untuk majalah itu. Bukan apa,
majalah itu sendiri sudah menggambarkan yang dia bakal di kelilingi jantina
yang di klasifikasi sebagai LELAKI. Dari wartawan sampailah editornya semuanya
lelaki! Nasib baiklah makcik cleaner tu perempuan kalau tak
terkontang-kantinglah dia dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi lelaki ini.
Bunyi
ketukan di pintu sedikit mengganggu kosentrasinya. Tangannya sudah berhenti
menaip.
“
Masuk,” arahnya sambil mata masih tertancap di skrin laptopnya.Membaca ulasan
artikel yang baru ditulisnya.
“L?”
panggil Azman, senior Editor untuk majalah lelaki itu sambil mengambil posisi
tempat duduk di hadapan rakan sekerjanya itu.
“
Man, ada apa kau datang bilik aku ni?” Soal Elya Nasuha yang selesa di gelar ‘L’
di kalangan rakan sekerjanya itu. Rakan- rakan sekerjanyalah yang memberi nama
panggilan tu. Kata mereka, baru boleh masuk jadi wartawan majalah ni kalau ada
nama yang ‘cool’. Cool lah sangat!
Azman
tersenyum. Dia menilik wajah gadis di hadapannya ini. Sekali pandang pun dia tahu yang Elya Nasuha
seorang yang sangat berkarisma dan senang diajak berbincang. Sebab itulah dia
selalu berkerjasama dengan gadis itu selain hasil kerjanya yang sangat bagus
dalam memikat para pembaca lelaki di luar sana.
“
Aku saje datang melawat kau. Nak tunggu kau melawat aku memang taklah kan?”
ujar Azman seperti berjauh hati. Sengaja menguji setakat mana gadis itu akan memberi
reaksi.
Elya
Nasuha hanya tersenyum penuh makna. Azman ni mesti nak mintak tolong ni. Kalau
tak memang dia takkan singgah bilik aku ni.
“
Hah terus terang jelah, kau nak aku tolong kau apa pulak kali ni?” Elya Nasuha
malas nak memanjangkan cerita. Lebih baik kita terus ke tajuk utama dari
berlengah membuang masa. Betul kan?
“
Kau ni tak menyempat aku nak bermukadimah, dah kau terjah. Tak romantik betul
kau ni,”
“
kau tu takkan masuk bilik aku ni kalau bukan nak mintak tolong aku,” perli Elya
Nasuha sambil mengetuk mejanya.
Azman
tersenyum kambing!
“Aku
nak mintak kau cover ‘KERJAYAKU DUNIAKU’ untuk bulan seterusnya,”
“Laa,
tu je ke? Kan memang aku yang cover column tu tiap-tiap bulan,” ujar Elya
Nasuha sambil mengambil Samsung Tab miliknya.
“
Tapi kau kena pergi interview orangnya minggu ni jugak,”
“Apa?”
jerit Elya Nasuha. Terkejut.
“
Tapi, kan ni awal lagi. Artikel aku untuk bulan depan punya baru je siap,”
keluh Elya Nasuha lalu memandang Azman yang sudah menyengih, buat muka tak
bersalah lagi!
“
Alaa.. Bolehlah L. Aku yakin kau boleh interview dalam masa terdekat and in the
same time kejar dateline column magazine kita yang dua bulan lagi,”
“
No way Man. Kau ingat aku tak perlu
makan, mandi bagai ke?” Elya Nasuha mula mendengus kasar. Baru ingat nak
senang-senang!
“
L, tolonglah. Orang yang bakal kau interview tu busy orangnya. Jarang ada masa
free,” rayu Azman. Bersungguh!
Elya
Nasuha merenung ke dalam anak mata Azman. Masih menimbang tara sama ada nak
tolong atau tak. Azman sudah banyak menolongnya, dari zaman belajar dulu
sampailah dia bekerja sekarang. Takkan dia tak nak tolong.Hmm...
“Okeylah...”
Akhirnya Elya Nasuha mengalah.
Azman
tersenyum senang hati. Kalau tak kerana dia ada lawatan di Korea, dia sendiri
akan turun padang untuk menemubual orang tersebut. Apa –apa nanti kau claim kat
aku ye L!