Oh, Pengikut Setiaku!!!

Sunday, October 7, 2012

#02 Cerpen : Femininnya Suamiku...


Tajuk : Femininnya Suamiku...
Penulis : NOORAIHAS
Tarikh post : 7 Oktober 2012


     Akhalil mengeluh perlahan apabila melihat plastik makanan yang berteraburan di atas meja kopi yang terdapat di ruang tamunya itu. Ini tak lain tak bukan mesti kerja isterinya! Walaupun baru sebulan dia menikahi wanita itu  tapi rasanya dia sudah kenal benar dengan perangai bersepah Syarifah Armalia! Yelah, memandangkan mereka cuma tinggal berdua sahaja maka siapa lagi yang membuat sepah di dalam rumah?

     Syarifah Armalia memang wanita yang banyak karenah! Selain pandai buat sepah isterinya itu juga seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan! Sesuatu yang baru dia ketahui sepanjang bergelar setiausaha kepada wanita itu. Patutlah selama ini makan kat tempat yang ada kelas sahaja. Dia masak pun isterinya itu lansung tak sentuh! Sebelum ini dia hanyalah seorang lelaki yang bergelar setiausaha kepada CEO ARMAND Holding  itu sahaja tapi sekarang sudah bergelar suami, kerana peristiwa yang tak di jangka! Dia di tangkap khalwat ketika bersama Syarifah Armalia semasa melawat tapak projek di Kuantan! Dia sendiri tak tahu siapa yang cuba menganiaya mereka. Setahunya dia tidak mempunyai musuh, tapi tak tahulah Syarifah Armalia. Walaubagaimanapun, wanita itu tetap meletakkan segala kesalahan di atas bahunya seorang.



     Plastik makanan yang masih berteraburan di atas meja kopi di ambil dan di masukkan satu-satu ke dalam  plastik sederhana kecil. Lalu, kain tuala kecil di ambil dan segera di bersihkan cebisan makanan yang tertinggal di atas meja. Sehingga cebisan makanan mahupun habuk daripada makanan itu tiada barulah Akhalil berpuas hati! Dia sebenarnya sedang menunggu kepulangan Syarifah Armalia.Mentang-mentanglah hari minggu terus lesap! Entah ke manalah isterinya itu merayap. Dari pagi sampailah nak masuk maghrib, bayang dia pun masih tak nampak!

     Bunyi deruman enjin kereta yang baru menapak  masuk ke perkarangan rumah menyedarkan Akhalil dari lamunannya. Pantas dia bangun dan bergerak ke pintu rumahnya. Wajah keletihan Syarifah Armalia di pandang pelik. Dari mana bini aku ni sampai nampak tak larat sangat ni?

     Akhalil cuba senyum. Namun, senyumannya hanya dibalas dengan jelingan tajam dari isterinya itu.

     “ Awak dari mana? Satu hari suntuk saya cuba call, tapi tak dapat,” ujar Akhalil dengan nada yang lembut.

     Syarifah Armalia memandang tajam lagi. Sibuk je nak tahu mana aku pergi. Suka hati aku la...Tanpa membalas, Syarifah Armalia bergerak menuju ke dapur. Air kosong yang tersedia ada dalam peti di ambil lalu di tuang ke dalam cawan . Tanpa mempedulikan Akhalil dia meneguk air dengan rakus sekali!

     “ Awak nak makan? saya dah sedia makanan. Saya masak ikut macam chef-chef professional kat tv tu masak,”  Akhalil masih cuba menarik minat isterinya itu untuk bercakap dengannya.

     “ Akhalil, i tak nak makan! I dah makan kat luar tadi,” balas Syarifah Armalia dengan sombongnya.
Akhalil hanya mampu mengetap bibirnya. Hampa.

     “ and by the way, i dah kata banyak kali i tak suka makan dari  air tangan orang yang i tak suka, you ni tak faham ke buat-buat tak faham?” sindir Syarifah Armalia.

     Dia sedikit pun tak kisah kalau Akhalil nak terasa hati dengannya.  Hatinya masih sakit apabila mengenangkan bagaimana lelaki itu telah memerangkapnya ke dalam gerbang perkahwinan. Ianya perkara yang sangat memalukan! Dia di tangkap khalwat dengan setiausahanya sendiri! Mana dia tidak malu!

     “ Takpelah kalau awak tak nak makan,  saya boleh  bagi kat jiran sebelah rumah je. Banyak saya masak untuk isteri, tapi jiran yang makan,” keluh Akhalil namun masih sempat di dengari oleh Syarifah Armalia.

     Ahh.. Sudahlah... jangan nak pura-pura baik le Akhalil. Aku yakin kau yang sengaja perangkap aku malam tu..Kata hati Syarifah Armalia sambil mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

@@@@

     SYARIFAH ARMALIA terdengar bunyi orang sedang ketawa di luar rumahnya. Dengan gerakan perlahan dia bergerak menuju ke tingkap biliknya.Mengintai. Dia Ingin tahu siapa yang masih bersembang di luar rumah Akhalil malam-malam begini. Matanya  membulat besar dengan jayanya apabila mendapati Akhalil  sedang bersembang mesra dengan gadis sebelah rumahnya. Mungkin anak jirannya.

     Apa ni? Tak sedar ke awak tu dah jadi laki orang pun masih nak menggatal lagi ke? Haish, perempuan ni pun satu, tak reti-reti ke yang awak sembang-sembang tu laki orang! Marah Syarifah Armalia dalam hati saje. Dia rasa Akhalil tak patut buat macam tu, itu sudah di kira menjatuhkan maruahnya! Bersembang dengan perempuan lain sedangkan isteri ada elok je dalam rumah!

     Apabila Akhalil terpandang kearah biliknya barulah Syarifah Armalia  tergesa-gesa melarikan diri jauh dari tingkap biliknya. Syarifah Armalia geram. Entah kenapa dia tersangatlah sakit hati melihat adegan sebabak antara Akhalil dengan perempuan sebelah rumah mereka.Adakah ini cinta? Ahh, aku rasa tak... Sebab aku tak berdebar pun bila pandang dia. Mungkin perasaan seorang wanita yang tergugat apabila melihat suami mereka bersembang dengan perempuan lain, itu aje. Kalaupun aku tak suka dia, tapi dia tetap suami aku. Ha,,mungkin itu jenis perasaan aku sekarang ni.

     Dia akui sedikit sebanyak dia menyukai Akhalil. Prihatin, bertanggungjawab, berdedikasi dan sebenarnya sangat pandai memasak! Walaupun selama ni dia selalu mengutuk dan menolak setiap apa yang Akhalil masak, tapi itu semua cuma egonya. Dia tak mahu Akhalil berbuat baik dan membuatkan dirinya terperangkap dengan perasaan yang sudah lama tidak di rasainya sejak putus dengan Zharif ,teman lelakinya semasa belajar di United Kingdom dulu.

     Cukuplah sekali dia rasa sangat kecewa dengan cinta kerana Zharif curang dan  dia kalau boleh tidak mahu merasai perasaan itu lagi terutamanya dengan lelaki yang telah menganiayanya sehingga terjebak dalam perkahwinan ekspress ini.

     Bunyi ketukan di pintu membuatkan Syarifah Armalia tersentak! Alamak, apa pulak yang dia nak ketuk pintu bilik orang malam-malam buta macam ni? Takkan nak keluar dengan night dress macam ni? Ala, selama ni dedah sana, dedah sini boleh je kau jalan merata, takkan dengan suami sendiri  baru reti nak sopan-sopan? Bisik suara hatinya. Ahh, lantaklah, keluar je..Tanpa rasa segan yang menebal, Syarifah Armalia bergerak ke pintu dan membukanya.
     
     Di luar Akhalil masih menunggu Syarifah Armalia membuka pintu. Dia rasa dia nampak isterinya itu melihat dia bersembang dengan Maisarah, anak jiran sebelah rumahnya. Untuk mengelakkan salah faham , dia rasa dia perlu menjelaskan hal yang sebenarnya. Dia tak mahu Syarifah Armalia berprasangka buruk dengan dia mahupun Maisarah.

     “ You nak ape?” tanya Syarifah Armalia sebaik sahaja membuka pintu biliknya.

     Akhalil yang sedang mengelamun sementara menunggu  isterinya membuka pintu bilik ,terpana apabila melihat Syarifah Armalia yang sudah siap sedia dengan night dressnya. Ya Allah... Dugaan betul isteri aku ni...

     Beberapa saat kemudian dia tersedu. Syarifah Armalia memandang pelik. Dah kenapa?

     “ Errk...Erk...” bunyi sedu Akhalil kedengaran. Dia cuba menahannya namun tak Berjaya.
Syarifah Armalia hanya menjungkit bahu. Malas melayan.

     “ Kalau you takde benda nak cakap, i masuk dulu,” Syarifah Armalia mula melangkah masuk semula ke biliknya.

     Akhalil menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Terhinggut-hinggut bahunya menahan sedu. Dia hairan kenapa setiap kali Syarifah Armalia memakai pakaian yang seksi, dia pasti akan terkedu dan sedu. Selama ni perempuan lain pakai dia okey je. Bukan sehari dua je dia berurusan dengan perempuan-perempuan seksi ni, sudah beberapa tahun, sejak dia menjadi setiausaha kepada Tan Sri Armand, ayah kepada Syarifah Armalia lagi. Tapi dengan Syarifah Armalia dia sendiri tak pasti apakah jenis virus yang sedang melanda dirinya? Sudahnya lain yang nak dia buat, lain pula yang jadinya.

@@@@

     AKHALIL membetulkan tali lehernya dengan cermat. Kemas itu prinsipnya. Pantang baginya pergi kerja dengan pakaian yang serabai. Baju-baju di pastikan semuanya di seterika dengan teliti dan kemas. Malahan, baju Syarifah Armalia pun dia yang cuci dan seterikakan! Bolehlah tahun depan dia masuk calon suami mithali! Akhalil tersenyum sendiri. Mithali? Mee kari pun belum tentu lagi!

     Siap! Tanpa melengahkan masa dia mencapai briefcasenya dan bergerak menuju ke dapur. Dia sebenarnya terlupa nak bangun sediakan sarapan. Pagi itu sahaja dia sudah kelewatan.  Solat Subuh pun sudah di hujung waktu! Ini semua gara-gara Syarifah Armalia! Cuba kalau isterinya itu tidak keluar dengan pakaian begitu, pasti dia dapat terangkan hal yang berlaku antara dia dan Maisarah dan dapat tidur lena tanpa memikirkan wanita itu!

     Ahh, sudahlah...yang penting sediakan sarapan dulu. Lalu apron yang berbunga warna merah jambu di capai dan di sarungkan ke badannya. Persis tukang masak handal, Akhalil menyediakan sarapan pada pagi itu. Syarifah Armalia yang tak sengaja melintas di dapur sendiri kagum dengan kecekapan suaminya itu berkerja di dapur. Teliti, kemas dan teratur. Rasanya kalau letak dia di dapur pun belum tentu dia akan semahir itu.

     “ Ahh, awak, mari kita makan dulu,” jemput Akhalil ramah apabila menyedari yang Syarifah Armalia sedang memerhati kearahnya.

     “i tak ambil breakfast,”

     “ Makan sikit pun jadi. Penat  saya masak ,” pujuk Akhalil.

     “i dah lambat, ada meeting awal pagi ni,” bohong Syarifah Armalia tanpa memandang Akhalil.

     Akhalil tersenyum geli hati. Memang la ada meeting pagi ni, tapi tu pukul 11 karang. Ini baru pukul 7. Nak kelentong pun tengok-tengoklah orangnya jugak. Yang awak nak tipu tu setiausaha merangkap suami awak.

     “  Meeting awak pukul 11 lah. Dah jom kita makan,” Akhalil segera menarik tangan Syarifah Armalia bergerak ke meja makan.

      Syarifah Armalia sedikit teruja melihat sarapan yang di sediakan suaminya pagi itu, kopi dan pancake yang nampak sangat menyelerakan! Dia segera membuka kot yang tersarung di badannya dahulu sebelum  menghirup kopi yang di buat Akhalil. Sedap!

     Akhalil hanya tersenyum senang kerana untuk pertama kalinya isterinya sudi menjamah makanan yang di sediakannya. Walaubagaimanapun, dia sedikit tidak berkenan dengan cara pemakaian Syarifah Armalia yang sedikit terdedah di bahagian dada dan bahunya meskipun hari ini isterinya itu mengenakan seluar, tidak seperti hari-hari lain, skirt memanjang! Kalau sebelum ini mungkinlah dia tak kisah sebab wanita itu bukan mahramnya yang perlu dijaga! Sekarang Syarifah Armalia sudah bergelar isterinya, maka sudah tentulah dia perlu menjaga auratnya!

     Apabila mereka sudah siap bersarapan, Akhalil mengangkat pinggan-pinggan kotor dan muka membasuhnya. Selesai membasuh, dia mengelap tangannya sehingga kering. Syarifah Armalia yang sudah bergerak ke rak kasut dipandangnya lagi. Nak tak nak aku kena tegur cara dia pakai. Akukan suami dia! Dosa dia, dosa aku jugak! Lalu Akhalil bergerak kearah isterinya.

     “ Awak, saya tegur, awak jangan marah ye?” Akhalil memulakan mukadimahnya.

     Syarifah Armalia memandang suaminya dengan pandangan pelik. Kenapa pulak ni?

     “ Hmm, apa?” Soal Syarifah Armalia dengan ‘kereknya’.

     “ Saya rasa awak kena tukar baju. Baju tu memang cantik tapi tak sesuai pada pandangan saya,” ujar Akhalil tenang.

     Syarifah Armalia memandang baju yang sedang di pakainya. Apa yang tak sesuainya?

    “ Awakkan isteri saya. Saya tak nak lah lelaki lain pandang apa yang sepatutnya saya sorang je pandang,” terang Akhalil lagi. Sedikit memerah mukanya, apabila mengungkapkan kata-katanya itu. Bimbang Syarifah Armalia menganggap dia memandang dada isterinya itu dari tadi.

     Syarifah Armalia sudah faham. Nampaknya Akhalil sudah berani mengongkongnya! Dia ingat dia sudah memgang status suami, dia boleh kawal aku la? No way, Akhalil!

     “ i pun ada benda nak bagi tahu you, Akhalil,” jeda Syarifah Armalia.

     Akhalil menanti dengan penuh debaran. Agak-agaknya dia nak balas apa ye?

     “ just mind your own business!” sambung Syarifah Armalia lalu bergerak menuju ke kereta.

     Akhalil mengeluh lagi. My business right now is you la Ms.Bossy! Desis hati kecil Akhalil sebelum dia juga bergerak menuju ke keretanya.

@@@@

     SYARIFAH ARMALIA memandang ke arah suaminya secara curi-curi. Muka suaminya itu tidak ceria seperti biasa. Adakah sebab pagi tadi? Ahh, lantaklah! Yang penting habiskan meeting dengan klien ni dulu. Sudahlah cerewet, gatal pulak tu! Mata tu terkenyet-kenyet. Kalau muda takpe, ni dah tua ganyut! Entah-entah cucu pun dah ada!

     “ Okeylah Encik Karim, meeting kita cukup setakat hari ni saje, apa-apa nanti setiausaha saya akan call,” kata Syarifah Armalia mengakhiri mensyuaratnya dengan wakil dari Syarikat KAZA itu. Akhalil yang dilihatnya sedang mencatat sesuatu, di kerling lagi sebelum bangun bergerak ke pintu keluar. Tiba-tiba Encik Karim bersuara.

     “ Sudi tak Cik Melly keluar makan dengan i,”

     Akhalil hanya mendengar dengan penuh minat namun tetap bergerak menuju ke pintu keluar dalam gerakan perlahan. Menanti reaksi dari isterinya dengan perlawaan makan dari Encik Karim.

     “ Hmm, maybe next time,” ujar Syarifah Armalia dengan senyuman ringkas.Akhalil menarik nafas lega. 

     Dia sedar yang lelaki separuh abad itu dari tadi memberi isyarat pelik kepada isterinya. Segera dia bergerak keluar. Namun, tidak sampai beberapa minit, suara isterinya itu kedengaran. Pantas dia masuk semula ke dalam bilik mensyuarat tadi.

     Tangan Syarifah Armalia yang berada dalam pegangan  lelaki ‘buaya pencen’ itu di pandang tajam.

     “ Baik Encik Karim lepaskan tangan dia,” gertak Akhalil dengan suara yang keras.

     Encik Karim menghadiahkan jelingan mautnya. Sementara itu Syarifah Armalia masih lagi meronta-ronta, minta di lepaskan.

     “ Berani ye Encik Karim ni buat macam ni lepas deal business dengan i”

     Encik Karim masih lagi buat bodoh.

     “ Baik you lepaskan tangan i Encik Karim, kalau tak urusan niaga kita sampai sini saje,” ugut Syarifah Armalia lagi.

     Akhalil terus begerak kearah isterinya itu. Lalu tangan Syarifah Armalia yang masih berada dalam genggaman Encik Karim di tariknya sebelum bertindak memeluk pinggang wanita itu di hadapan Encik Karim. Ternganga sekejap ‘buaya pencen’ tu!

     “ Jangan sentuh  isteri orang di hadapan suaminya!”marah Akhalil. Syarifah Armalia yang masih terkejut akibat di tarik dan di peluk suaminya tadi bertambah terkejut mendengar suara tinggi milik suaminya itu.

     Encik Karim yang mendengarnya lagilah terkejut!

     “isteri?” You kahwin dengan setiausaha you?” soal Encik Karim tak percaya.

     “ Yes,  i’m married with my secretary, why?” balas Syarifah Armalia seraya memeluk dada bidangnya Akhalil. Kali ini Akhalil pula yang terkejut! Agaknya hari ni memang hari terkejut sedunia gamaknya!

     “ I’m, so sorry,”

     “ i harap selepas apa yang terjadi hari ni, you tak batalkan urusan niaga kita,” pinta Encik Karim dengan muka seposennya. Ingatkan wanita di hadapannya ini masih belum berpunya.

     “I pun nak mintak maaf dengan you, i tak buat urusan niaga dengan orang yang dah musnahkan kepercayaan i,” ucap Syarifah Armalia pula sebelum menarik tangan Akhalil keluar.

@@@@

     AKHALIL memandu pulang keretanya secara bersendirian. Penat otaknya seharian dengan kejutan daripada isterinya itu. Sebaik sahaja mereka keluar dari bilik mensyuarat, Syarifah Armalia terus mengurung diri dalam pejabatnya. Dirinya di biarkan termanggu-manggu sendiri. Ucap terima kasih pun tidak! Apa punya binilah!

     Sampai sahaja di perkarangan rumahnya, kereta Syarifah Armalia masih lagi tidak kelihatan. Balik lambat lagi. Keluh Akhalil dalam hati.

     Baru sahaja pintu rumahnya ingin di buka, Maisarah, anak gadis jiran sebelah rumahnya tiba-tiba sahaja menyapanya.

     “ Assalamualaikum, abang Akhalil,” Maisarah memberi salam.

     Akhalil tersenyum sebelum menjawab salamnya.

     “Waalaikummussalam. Sarah, abah, umi sihat?”

     “ Sihat bang. Abang baru balik kerja ye,” Soal Maisarah ramah. Senyuman manis di ukir untuk jiran sebelah rumahnya yang handsome itu.

     “Aah, baru balik kerja. Sarah, abang masuk dulu ye,” pamit Akhalil sebaik sahaja melihat kereta isterinya mula masuk perkarangan rumah. Wajah masam Syarifah Armalia di pandang risau. Bimbang isterinya akan berfikiran yang bukan-bukan melihat dia dan Maisarah bersembang.

     Syarifah Armalia keluar dari keretanya dan bergerak kearah suaminya. Tangan Akhalil di peluk erat.

     “ Siapa ni bie?” Tanya Syarifah Armalia dengan nada suara yang manja. Sekali-sekala gadis dalam lingkungan 20-an itu di kerlingnya tajam. Ada hati nak goda suami aku ye.

     “ Maisarah, anak Pak Hamid, jiran sebelah rumah kita ni,” ringkas jawapan Akhalil. Senyuman ringkas juga diukir untuk isterinya itu.

    “ Ini mesti Kak Melly kan? Sarah,” Maisarah menghulurkan tangannya untuk bersalam namun di pandang sepi oleh Syarifah Armalia.

     “ Takpelah Sarah, abang nak masuk rumah ni. Assalamualaikum,” Akhalil mula menapak masuk ke dalam rumah meninggalkan Syarifah Armalia bersama-sama Maisarah di luar.

     “ Untung kak Melly dapat Abang Akhalil,sebelum abang Akhalil kahwin, Sarah suka tengok dia,” kata Maisarah bersahaja tanpa memandang wajah Syarifah Armalia yang sudah memerah. Cuba  menahan amarah dan cemburu.

     “ Sekarang?” Soal Syarifah Armalia sarkastiknya.

     “ Sekarang? Sekarang pun sama,” balas Maisarah sambil tersenyum sinis sebelum beredar masuk ke dalam rumahnya.

     Eeei, budak hingus ni nak kena ajar betul! Akhalil takkan pandang kau sampai bila-bila! Akhalil milik aku seorang je! Banyak cantik muka kau nak rampas suami orang, belajar tak habis lagi ada hati nak kahwin dengan laki aku!

@@@@

     SYARIFAH ARMALIA mundar-mandir di dalam kamarnya. Dia mencari idea bagaimana nak menambat hatinya Akhalil. Memasak? Dia tak lulus. Mengemas rumah? Jauh sekali. Membasuh dan menyeterika baju? Akhalil yang selalu buat selepas suaminya itu melarangnya menghantar baju ke dobi. Katanya membazir. Sekarang apa yang tinggal?

     Dia pernah membaca satu artikel. Nak memikat suami bukan sahaja dari perutnya, malah juga di tempat tidur. Persoalannya di sini, Sanggupkah dia menyerahkan tubuhnya kepada lelaki itu? Ahh, sanggup tak sanggup, rela tak rela, kalau cara tu buat Akhalil tak pandang budak hingus tu, aku mesti buat! Lagipun, dia suami aku. Apa ada hal!

     Lantas almari bajunya di selongkar, mencari night dress yang sesuai untuk ‘meraikan’ malam pertamanya bersama Akhalil selepas sebulan lebih ‘di tangguhkan’.

     “ Awak nam...pak tak...” Akhalil tak jadi meneruskan pertanyaannya sebaik sahaja melihat tubuh isterinya yang sedang terbaring lena di atas sofa dengan keadaan yang sangat menggegar naluri kelakiannya. Sangkanya isterinya itu cuma berbaring sambil menonton tv. Rupa-rupanya sudah terlena. Tidak jadi dia hendak menanyakan di mana telefon bimbitnya berada. Dia betul-betul tergamam!

     Beberapa minit kemudian bunyi sedu mula kedengaran. Syarifah Armalia yang sedang pura-pura lena hanya meledakkan tawanya dalam hati.

     Nak tak nak Akhalil terpaksa juga mengangkat tubuh isterinya menuju ke kamarnya dalam keadaan sedu yang menjadi-jadi. Dibaringkan Syarifah Armalia di atas katil sebelum bertindak menyelimuti wanita itu. Sebaik sahaja selimut di naikkan separas dada, Syarifah Armalia membuka matanya. Akhalil terkejut! Dia ingin berlalu namun segera di halang isterinya. Dengan  lembut Syarifah Armalia memeluk tubuh Akhalil. Bunyi sedu suaminya itu tidak menghalangnya dari meneruskan niatnya. Malah,  bibir Akhalil di kucup lembut. Menghilangkan terus sedu lelaki itu!

     AKHALIL berdoa panjang sebaik sahaja solat subuhnya selesai. Memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana membuka pintu hati isterinya untuk menerimanya sebagai suami dan memenuhi tuntutannya sebagai seorang lelaki. Dia berharap rumah tangganya akan berjalan lancar dan bahagia selepas apa yang di laluinya bersama Syarifah Armalia malam tadi.

     Kain sejadah di lipat dan di letakkan diampaian. Dia mula bergerak menuju ke kamar yang bersejarah baginya semalam. Akhalil ingin mengejutkan isterinya untuk solat. Sebelum mandi tadi dia malu untuk mengejutkan isterinya itu, memandangkan keadaannya yang tidak sempurna berpakaian dan begitu juga isterinya.

     Sebaik sahaja Akhalil memasuki bilik tidur, isterinya itu sudah pun berada dalam bilk mandi.Maka, peluang itu di ambilnya dengan mengutip pakaian tidur mereka yang berteraburan di atas lantai seterusnya  di masukkan ke dalam bakul baju. Cadar yang di gunakan malam tadi juga di tanggalkan dari katil memandangkan ada tompokan darah di situ. Akhalil tersenyum lagi.

     Syarifah Armalia yang baru selesai mandi memandang suaminya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun, dia agak malu apabila melihat lelaki itu menanggalkan cadar dan mengutip pakaian tidur yang telah mereka guna semalam, tetapi dia tetap berlagak tenang.

     “ Hari ni you pergi kerja dengan i,”arah Syarifah Armalia lembut namun masih tegas.

     Akhalil hanya mengangguk tanpa memandang isterinya yang masih dalam keadaan berkemban itu. Syarifah Armalia rasa ingin ketawa pulak. Sepatutnya dia yang malu, ini terbalik pulak!

     “ Hai, takkan malu lagi, semalam kan dah tengok lebih dari ni,” usik Syarifah Armalia sebelum beredar ke almari bajunya.

     “ Arr, takpelah awak, saya keluar dulu ye. Nak buat sarapan,”ujar Akhalil dengan gelabahnya.Tawa kecil Syarifah Armalia akhirnya meletus juga melihat tingkah suaminya yang terlebih ‘feminin’ itu.

@@@@

     STAF-STAF ARMAND Holding memberi pandangan pelik apabila melihat bos dan setiausaha merangkap suami bos juga datang sekali dengan muka berseri-seri. Tan Sri Armand yang kebetulan membuat lawatan hari itu juga memandang dengan penuh kehairanan.

     “ Ada berita gembira ke nak sampaikan kat papa ni?” tanya Tan Sri Armand kepada anak dan menantunya itu. Sayrifah Armalia membuat muka selamba, Akhalil pula sudah merah padam mukanya.

     “ Takde apalah pa. Ada apa papa datang sini?” Soal Syarifah Armalia serius. Duduknya juga di betulkan. Akhalil yang turut sama duduk dengan kedua beranak itu hanya mendengar perbualan mereka. Sekali-sekala dia mengurut perlahan leher dan pinggangnya. Tan Sri Armand yang tak sengaja melihat perlakuan menantunya itu, mengerutkan dahinya.

     “ Kamu kenapa Lil? Tak sihat?” Tan Sri Armand bertanya dengan prihatin. Maklumlah satu-satunya menantu dia pulak tu.Pertanyaan anak perempuannya di biarkan sebentar.

     “ Takde apalah papa. Tiba-tiba pinggang ni rasa lenguh semacam,” balas Akhalil lurus.

     “ Kamu kerja ‘kuat’ lah tu malam tadi,” usik Tan Sri Armand dengan senyuman penuh makna. Syarifah Armalia yang turut mendengar terus berpura-pura membelek Samsung Gallaxy Notenya. Malu!

     “ Yelah kot, papa,”  jawab Akhalil lurus lalu mencetuskan tawa bapa mertua dan isterinya. Kenapa?soal hati Akhalil. Masih tak faham.

     “ Bagus...Bagus kalau macam tu. Sebenarnya papa sengaja datang lawat syarikat papa ni sambil tu nak bertanya khabar kamu berdua. Memandangkan kamu berdua dalam keadaan baik, takpelah,” jelas Tan Sri Armand.

     Syarifah Armalia dan Akhalil hanya senyum mendengar kata-kata yang di ucapkan Tan Sri Armand. Sebelum Tan Sri Armand beredar, dia sempat berpesan kepada anak dan menantunya itu.

     “ Papa dah tak sabar tunggu cucu dari korang berdua,”

     “Akhalil ‘usaha’ lebih sikit. Papa tunggu khabar baik dari kamu,” sempat lagi Tan Sri Armand mengusik menantu lelakinya itu sebelum bergerak keluar pejabatnya.

     Akhalil hanya memandang Syarifah Armalia yang sedang tersenyum ringkas sebelum dia turut tersenyum mendengar pesanan dari ayah mertuanya itu.

     “ Awak tak kisah ke papa cakap macam tu?”soal Akhalil sebaik sahaja bayang ayah mertuanya sudah menghilang.

     “it’s you that i should worried with,” balas Syarifah Armalia bersahaja.

     “ Kenapa?”

     “Manalah tahu orang tu tak nak anak dengan kita sebab dah ada orang sebelah rumah yang lagi muda,” sinis Syarifah Armalia menuturkan kata-katanya. Dalam otaknya sudah membayangkan suaminya itu bersama anak jiran sebelah rumah mereka.

     Sebaik mendengar Syarifah Armalia berkata begitu, pantas Akhalil memaut tangan isterinya itu.

     “ Masa saya melafazkan nama awak untuk akad nikah kita, saya dah berniat hanya nama awak yang akan saya simpan dalam hati saya sampai bila-bila. Tak akan ada orang lain selain awak,”ujar Akhalil sambil memakukan pandangannya ke dalam anak mata isterinya. Dalam.

     “ Betul?”

     “Betul,” balas Akhalil sambil tersenyum manis. Dia menarik isterinya itu ke dalam pelukannya dalam keadan malu-malu. Syarifah Armalia mula memaut leher suaminya itu. Sengaja menambah kemerah-merahan dimuka Akhalil.

     “ Tapi dengan satu syarat,” tambah Akhalil.

     “ Apa dia?”

     “No more baju yang macam hari-hari sebelum ni,” arah Akhalil lembut tapi masih ada tegasnya.
Syarifah Armalia hanya ketawa kecil mendengarnya.

     “ Baiklah, you. Hah, apa lagi?” tanya Syarifah Armalia lagi.

     “Ermm, lepas ni saya taknak dengar i-you dah. Yang ada cuma Lia dan...err... a...aa..abang, okey?”Dengan segan-segannya Akhalil menuturkan perkataan ‘abang’ tu.

     “Okey, abang,” jawab Sayrifah Armalia mudah lalu mencium pipi suaminya bertalu-talu.

     “Awak,  malulah. Orang tengok nanti,” ujar Akhalil dengan muka yang sudah merah padamnya.

     “ Haish, feminin betullah suami Lia ni!” kata Syarifah Armalia sebaik sahaja darjah kemerahan di muka suaminya bertambah. Pipinya  menjadi sasaran cubitan sang suami dek kerana kenakalannya. Nasiblah dapat suami yang terlebih feminine... Hehehe...

- - - - - - - - - - - - - - -
p/s : maaf kalau terlebih panjang dan tak memuaskan hati para pembaca. Saya budak baru belajar...Hehe...













10 comments:

Ruunna Qizbal said...

best gila.... uat la lgi cerpen yg sweet2 mcm nih.. hehe

Nooraihas said...

thanks support! hehehe

Anonymous said...

Best sangat cerpen raiter ni!

ija anas said...

hee blushing je baca. cute jugak dapat suami feminin ni. lalala

Unknown said...

Comel...

Anonymous said...

penulis...please panjangkan lagi cerpen ni...best r...then tambah konflik tang sarah tu...

Unknown said...

Bestnya

Anonymous said...

best...so cute...-iezahtakuya

Unknown said...

Saya menunggu karya berikutnya

Anonymous said...

Terbaikkkk